Program Woot Woot!
melibatkan 108 selebriti popular Malaysia untuk mengharungi pelbagai
cabaran fizikal dan mental seperti 'Teka-Teka', 'Puzzle Terbang', 'Guni
Puzzle', 'Apung-Apung Puzzle', 'Duyung Lagu', 'Rockers Lumpur',
'Komposer Berenang', 'Kayak Filem', 'Peta Artis', 'Renang AJL', 'Bola
Luncur' dan banyak lagi sebelum layak mara ke peringkat akhir untuk
bergelar Juara Woot Woot!
Antara selebriti yang terlibat dengan program 13 episod ini ialah Awie
Rafael, Dira Abu Zahar, Ezlynn, Aepul Dramaband, Naz Habiburrahman, Anas
Ridzuan (Mentor), Idzham Ismail, Chacha Maembong, Almy Nadia, Azlee
Khairi, Izzue Islam, Noorkhiriah, Talha Harith, Black, Elfaeza Ul – Haq,
Shah Iskandar, Zain Saidin dan ramai lagi.
Setiap minggu enam selebriti akan digandingkan bersama dan dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kemudian setiap kumpulan akan bersaing untuk mengumpul markah di setiap cabaran. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan layak ke peringkat separuh akhir dan seterusnya mara ke peringkat akhir.
Antara cabaran menarik yang terdapat dalam program Woot Woot ialah
'Puzzle Terbang', di mana permainan ini memerlukan peserta menaiki flying fox sambil mengingati 10 nama komposer tanpa diberikan tajuk lagu yang dicipta oleh komposer tersebut. Kemudian sebaik sahaja turun ke bawah, peserta perlu menulis 10 nama komposer tersebut beserta tajuk lagu.
Dalam cabaran 'Guni Puzzle', peserta dipaparkan gambar-gambar selebriti tanah air.
Kemudian mereka harus menggunakan terompah panjang untuk mendapatkan
keratan jawapan di hadapan mereka sebelum melekatkan jawapan pada peta
Malaysia mengikut negeri asal selebriti tersebut. Cabaran 'Renang AJL' juga tidak kurang hebatnya. Penonton pasti terhibur melihat telatah dan aksi selebriti-selebriti semua.
Program 'Woot Woot!
yang menampilkan Wahid dan Amyza Adnan selaku hos program, menawarkan
hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada juara Woot Woot!. Sementara itu, pemenang mingguan juga bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta hadiah-hadiah lain.
Pada 5 Jun 2013 telah berlangsungnya satu sidang media program Woot Woot! bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam Selangor. Sidang media ini turut dihadiri oleh para selebriti seperti Izzue Islam, Daniel (Loka Band), Aman Nassim. Acong, Alex Yanz dan Toy (Hyper Act) dan penerbit program.
Di samping itu, sidang media kali ini turut memberi peluang kepada
media yang hadir untuk menyertai satu permainan yang disediakan oleh
pihak produksi dan memenangi hadiah-hadiah menarik.
“Pihak kami amat gembira kerana pada sidang media ini, aktiviti menarik
yang kami sediakan akhirnya dapat direalisasikan dengan jayanya dengan
kerjasama dan komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat. Aktiviti pada hari ini bukan sahaja untuk memperkenalkan program Woot Woot!
ini malah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara selebriti dan
produksi bersama pihak media,” ujar Roslina Abdul Rahman sebagai
Penerbit program Woot Woot!.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Dengan adanya program gameshow Woot Woot! ini, saya pasti ia akan berjaya menambat hati sebilangan besar penonton.
Melalui program ini, penonton bukan sahaja dapat berhibur melihat
telatah selebriti kesayangan mereka malah dapat menguji kecerdasan minda
dengan menyelesaikan soalan-soalan yang terdapat dalam program ini. Di samping itu, program g ameshow ini merupakan usaha TV3 dalam menerbitkan semula program gameshow yang pernah menghiasi slot pagi seperti program 'Ewah Ewah'. Namun, perbezaan yang cuba diketengahkan kali ini oleh TV3 adalah dengan melakukan pengambaran gameshow di luar studio.”
Sidang produksi yang bertanggungjawab mengendalikan penerbitan Woot Woot!
dibarisi oleh Puan Khalijah Haji Mohamed selaku Penerbit Eksekutif
serta Mohd Jamira Ramli dan Roslina Abdul Rahman sebagai Penerbit.
Jangan lupa saksikan program terbaru, Woot Woot yang mempunyai 13
episod, bermula 11 Jun 2013, setiap hari Selasa, jam 10.00 – 11.00 pagi
di TV3! Penonton boleh layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
No comments:
Post a Comment