Drama yang disiarkan pada pukul 12 tengah hari menerusi saluran Tvi (RTM) mengajak penonton mengenali tarian Igal-Igal, salah satu tarian tradisi suku kaum Bajau di Sabah yang perlu di persembahkan dalam sesebuah majlis perkahwinan.
ia mengisahkan pemuda kacak bernama Eddy (Shahrizal) yang berangkat ke
Semporna sendiriansetelah menghadapi kemelut rumahtangga dengan
isterinya, Mona (Nabila).
Dia memberikan alasan kepada keluarganya mahu menenangkan fikiran dan
pada masa sama mmg ingin memikirkan cara penyelesaian konflik hubungannya
dengan Mona.Ketika di sana, dia mula terpikat dengan keindahan suasana persekitarannya dan keramahan penduduk menyambutnya sebagai tetamu dari semenanjung.
Banyak perkara baru yang diketahuinya terutama melibatkan adat, budaya dan tradisi kaum Bajau yang majoritinya adalah penghuni kampung itu.
Dalam masa sama, dia juga mula terpikat dengan seorang gadis bernama Indak, keturunan Bajau Laut yang merupakan penari tarian Igal-Igal ketika berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan.
Cinta baru Eddy membuatkan konflik berlaku apabila Mona ingin menjernihkan semula ikatan hubungan suami isteri yang sebelum ini diibaratkan seperti retak menanti belah. Mona mahu merebut semula hati suaminya itu walau dengan apa cara sekalipun.
Selain Shahrizal dan Nabila, Cinta Gadis Igal-Igal turut dibarisi pelakon Lia Natasha, Marlin Malalin, Aman Nassim dan Dayang Hasnah Ibrahim.
No comments:
Post a Comment