Wednesday 12 June 2013

SSID bab3


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 3


Bab 3 : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
“Oitt, berangan.” Tiba-tiba saja Fara menepuk perlahan lengan Syaf. Serta merta Syaf mengalihkan pandangan dari Firash. Bibir diketap tanda geram dengan perbuatan Fara itu.
“Mana ada.” Syaf cuba menafikan. Serentak itu tangannya menyeluk poket seluar untuk mengeluarkan telefon bimbit. Cuba untuk menyibukkan diri dengan main games.
“Dah tu kau tengok budak baju hitam tu sampai nak terkeluar bijik mata apa cer?” Fara tersengih. Syaf mengetap bibir tanda tidak puas hati dengan sengihan Fara. Sengihan yang tidak boleh ditafsirkan. Saja lah dia ni nak bagi aku kantoi.
“Aku tengok sekejap aje pun tak boleh. Tadi kau jugak yang suruh tengok situ kan?” Tutur Syaf dengan rasa tak puas hati yang masih berbaki. Menu games di telefon bimbit laju saja ditekan. Main games lah dulu sementara order sampai.
“Okey-okey tapi aku dah chop tau budak baju hitam tu.” Tutur Fara selamba.
“Ha?”Syaf sudah berkerut kening. Games di telefon bimbit sudah terhenti gara-gara sedikit terkejut. Fara ni, dah main-main chop pulak dah. Ingat dia orang tu barang ke nak chop-chop apa?
“Kenapa kau jeles ke?”
“Tak lah. Buat apa aku nak jeles-jeles ni, buang masa aje.”
“Tapi kalau kau jeles, kau boleh ambil yang baju putih tu. Dia pun hensem jugak tapi tak boleh lawan yang baju hitam tu lah.” Fara dah tergelak tengok Syaf yang dah memuncung. Suka-suka hati dia saja nak suruh aku ambil budak baju putih tu. Tahulah ‘budak baju hitam’ tu lebih hensem antara bertiga tu. Tapi betulke ‘budak baju hitam’ tu lagi hensem? Eh apa aku dah melalut ni, bebel Syaf dalam hati.
“Malas aku nak layan kau. Eh mana makanan ni? Lambatnya sampai.” Syaf merungut agar Fara terleka dan cuba mengalih topik perbualan. Pelanggan yang datang sudah pun berkurangan tetapi kenapa makanan masih lagi lambat sampai? Takkan makan gaji buta pulak kut pekerja kat sini?
“Kau ni Syaf, bawak bersabarlah sikit.” Tegur Fara.
“Aku laparlah weyh. Tadi buka pun makan kuih aje. Ingatkan dapat makan nasi balik tadi. Mana tahu dapat makan mee goreng aje.”
“Buka dengan nasi aje bosan jugak, tu yang aku goreng mee tu.”
“Yelah-yelah. Nanti kalau aku balik kerja awal, aku masak bubur aje.” Cadang Syaf sambil tersengih.
“Kejam tau.”
“Hahaha, tau takpe. Dah kau yang balik awal tu tolonglah masak nasi, aku boleh beli lauk aje.”
Sebenarnya Fara ni kerjanya balik awal. Pukul 5 dah boleh balik. Manakala Syaf pula kadang-kadang pukul 6 lebih baru keluar dari tempat kerja. Dengan terperangkap dengan jammed lagi. Dengan kerja tak bergaji jadi ‘tukang hantar’ juadah berbuka lagi. Memanglah lambat boleh sampai rumah.
“Okey-okey. Eh order dah sampai dah.” Fara menunjuk ke arah budak pelayan tadi yang tengah menatang dulang ke arah mereka.
“Terima kasih dik.” Tutur Syaf sambil tersenyum.
“Sama-sama.” Balasnya sambil membalas senyuman.
Syaf cuba mengalihkan pinggan yang berisi char kuew teow yang ke tepi sedikit kerana hendak mengambil teh ais. Gelas yang berisi teh ais tu terus saja di bawa ke mulut.
“Oit, Bismillah belum?” Soal Fara.
“Hehe…Lupa.” Balas Syaf sebelum menyedut teh ais tu. Fuhh, nikmatnya!
“Nampak macam best je ni.” Tutur Fara.
“Kalau best, makan aje lah jangan duk banyak cakap.” Balas Syaf lagi sambil mula menyudu char kuew teow ke mulut.Namun ekor matanya sempat menjeling Firash. Bagus! Dah tak pandang lagi kat sini.
***
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba kedengaran satu suara memberi salam.
“Waalaikumussalam.” Balas Syaf serentak dengan Fara. Serentak itu matanya memandang si pemberi salam dengan riak terkejut. Ni bukannya kawan Firash yang aku jumpa petang tadi ke? Namanya Mie kalau tak silap aku, detik hati Syaf.
“Hai, boleh duduk?” Soal pemberi salam dengan senyuman yang terukir di bibir.
“Err…”Syaf dah teragak-agak untuk menjawab. Mulut sudah terasa macam kena gam. Matanya sempat mengerling ke arah Firash. Firash pula tengah memandangnya dengan pandangan tak berkelip. Masing-masing bertembung pandang untuk seketika.Apa hal sampai kawan dia boleh datang ke meja aku ni?Bukannya aku kenal pun dia ni, baru saja jumpa petang tadi, getus hati kecil Syaf.
“Eh duduklah.” Selamba saja Fara mempelawa Mie duduk tanpa banyak soal.
“Awak Syaf kan? Kita dah jumpa dah petang tadi. Saya Mie.” Tutur si baju putih memandang Syaf yang sudah serba tidak kena.
“Kau tak bagitahu aku pun yang kau kenal dia ni?” Fara berbisik sambil menyiku lengan Syaf.
“Nantilah aku cerita.” Balas Syaf juga dengan nada berbisik. Tak naklah bercerita panjang pula kat sini. Nanti makin lama pula Mie duduk kat sini. Sudahlah Firash tu tengok aku macam tak puas hati saja.Macam aku pulak yang saja menggatal dengan kawan dia ni, gumam Syaf dalam hati.
“Err…Ha’ah. Dah jumpa petang tadi.” Balas Syaf lambat-lambat. Mie pula selamba saja melabuhkan punggung di kerusi sebelahnya. Syaf dah rasa jantungnya berdegup laju. Boleh pulak dia duduk sebelah ni. Sudahlah rapat semacam saja. Hessy, macam nak cari nahas saja lah!
“Hurm…sebenarnya saya datang sini ada hajat.” Tutur Mie lagi sambil senyum. Laju saja dia pergi kepada tujuan utama dia datang ke sini.
“Hajat?” Syaf sudah berkerut kening. Manakala Fara pula sedang memandang Mie dan Syaf dengan pandangan yang langsung tak faham dengan apa yang sedang berlaku.
“Ha’ah. Sebenarnya saya nak mintak nombor telefon awak.” Sambung Mie lagi seraya memandang Syaf. Syaf pula sudah membulatkan mata kerana terkejut. Betulkah apa yang aku sedang dengar ni? Dia nak mintak nombor telefon aku?
“Ha? Eh…” Syaf sudah serba salah dengan permintaan Mie yang dikira sebagai mengejut tu.
“Boleh-boleh, mintak aje.” Fara tiba-tiba saja mencelah. Eh dia ni, pandai-pandai saja pulak nak setuju dengan permintaan Mie ni. Macamlah dah kenal lama pun siap nka mintak nombor telefon bagai.
“Kau ni suka-suka hati aje.” Sungut Syaf sedikit perlahan. Tak puas hati dengan kata-kata Fara tadi.
“Boleh lah ye? Lagipun saya dah tanya adik sedara awak tu, dia cakap okey aje.” Sambung Mie lagi dengan senyuman yang masih terukir di bibir.
“Hah?” Kakak sedara? Sekali lagi Syaf dikejutkan dengan kata-kata dari Mie tu. Char kuew teow yang dia agak masih tak hadam sepenuhnya di perut itu seakan terasa hendak keluar semula. Aku kakak sedara dia ke? Syaf dah mengetap bibir menahan geram.
“Kau tak cakap pun yang kau ada adik sedara kat sini?” Soal Fara pada Syaf. Ekor matanya sempat menangkap kelibat Firash sudah pun berjalan melangkah ke arah sini. Ah sudah, macam mana ni?
“Ermm….” Syaf sudah kehilangan kata-kata. Soalan Fara tadi tak pun berjawab. Manakala Mie pula masih memandang Syaf. Mungkin masih menunggu dengan jawapan dari Syaf agaknya.
“Macam ni lah. Ni nombor saya, kalau ada masa boleh call or mesej saya.” Putus Mie sambil mengeluarkan sekeping kertas kecil dari poket seluarnya. Diletakkan kertas kecil itu di atas meja berdepan dengan Syaf.
“Weyh Mie. Jomlah, kita orang dah nak balik ni.” Tiba-tiba Firash datang sambil menepuk bahu Mie. Serentak mata Syaf memandang Firash. Pandangan mereka bertaut seketika. Namun pandangan Firash yang sedikit tajam tu menggoyahkan pandangan Syaf, sekejap saja dia sudah berpaling ke lain.
“Mie, awak tak nak kenalkan kawan awak pada kita orang ke?” Soal Fara pada Mie dengan senyuman terukir di bibir. Firash yang masih berdiri di sisi Mie tu sekilas memandang Fara dan matanya kembali pada Syaf. Syaf pula buat-buat menunduk merenung kertas kecil di meja.
“Oh lupa pulak. Ha, kenalkan kawan saya. Chad.”
“Chad? Oh hai Chad. Saya Fara.” Syaf hanya mendengar sahaja perbualan Fara dengan Mie. Tidak terasa pun untuk menyampuk.
“Hai Fara.” Kedengaran suara Firash tanpa nada saja membalas.
“Eh dah nak balik ke?” Soal Fara sedikit hampa. Namun matanya tak lekang dari memandang wajah Firash. Memang hensem pun kalau tengok dari dekat ni, dahlah tinggi pulak tu. Hessy, sabar sajalah hati ni!
“Ha’ah. Dah nak balik dah. Ni yang datang jemput kawan ni.” Sambung Firash lagi.
“Oh ye ke? Hurm…Tak apa lah macam tu, kita orang lambat lagi balik kut.” Tutur Fara lagi.
“Syaf, nanti jangan lupa mesej saya eh?” Pesan Mie sebelum berdiri. Ditunjukkan kertas yang belum lagi terusik di depan Syaf tu.
“Ha? Err…” Syaf dah tak tahu nak balas kata-kata Mie tu. Dia perasan mata Firash dari tadi merenungny tak berkelip. Seakan mengawasi saja gerak gerinya sekarang. Seram!
“Okeylah, kitaorang gerak dulu lah. Assalamualaikum.” Sambung Mie lagi sebelum melangkah. Firash sempat lagi menjeling Syaf yang masih memandangnya. Syaf dah menelan liur.
“Waalaikumussalam.” Balas Fara sementara Syaf hanya menjawab dalam hati saja. Char kuew teow yang berbaki di dalam pinggannya itu sudah tidak menarik perhatiannya lagi.
***
“Cepat sangatlah kau orang nak balik.” Rungut Mie sambil melangkah ke masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Manakala Chad pula dah mula menghidupkan enjin kereta.
“Cepat apanya? Dah sejam lebih kita kat situ.” Balas Chad. Wajahnya sedikit tegang. Kereta diundurkan sedikit sebelum keluar dari petak parking. Namun matanya sempat menangkap kereta Myvi putih Syaf yang terletak selang empat buah dari keretanya. Lambat lagi ke dia ni nak balik?
“Ha’ah. Memang lama gila kita lepak situ. Aku balik dari tandas tadi tengok-tengok meja dah kosong, ingatkan dah tinggal aku kat situ. Manalah tahu yang kau orang pergi usha awek kat meja depan.” Fiqri menyampuk dari arah tempat duduk belakang.
“Dah kau tu yang melekat kat toilet lama-lama tu kenapa? Sebab tulah kita orang pergi usha awek tadi.” Balas Mie pula sambil tersengih.
“Ramai oranglah tadi kat toilet tu. Eh kalau aku cepat sikit tadi dah boleh join sekali. Melepas aku.”
“Jangan nak mengada, aku report kat Zara nanti.” Mie membalas sambil tergelak. Dilihatnya muka Fiqri dah mencebik tu.
“Weyh, aku setialah pada yang satu.” Cepat saja Fiqri membalas.
“So kalau setia, jangan nak sibuk-sibuk nak pasang dua. Lainlah aku dengan Chad ni yang masih single and available.” Mie menjeling ke arah Chad yang masih fokus memandu. Apasal mamat ni senyap saja? Muka pulak tegang semacam saja.
“Weyh kau single lagi kan?” Soal Mie pada Chad yang memandu.
“Ha?”Chad yang seperti sudah ke alam lain tu berpaling ke arah Mie sambil berkerut dahi.
” Aku tanya kau single lagi ke? Eh kau ni berangan ke time drive?” Soal Mie lagi.
“Eh mana ada aku berangan.” Chad menafikan. Fikirannya masih lagi memikirkan tindakan Mie di restoran tadi.
“Single lagi kan?”
“Err…Ha…Single…Eh apasal kau tanya soalan macam tu ni?” Soal Chad pula. Aku boleh dikira single lagi ke?
“Manalah kau dah double tapi tak bagitahu kat kita orang.” Tiba-tiba Fiqri menyampuk sambil tergelak.
“Ha’ah lah. Siap lah kau kalau tak bagitahu kat kita orang.” Mie dah mula mengugut.
“Weyh, aku single ke double kena bagitahu kat kau orang ke?” Soal Chad dah tak berpuas hati.
“Mestilah, dah nama pun best friend forever.” Tutur Mie selamba. Walaupun Mie dah perasan muka Chad yang dah beriak lain macam saja tu.
“Yelah-yelah. Nanti aku dah double, aku cakaplah kat kau orang.” Chad membalas geram. Selagi tak berjanji dengan budak berdua ni, selagi tu lah dia orang akan bertanya. Sibuk betul!
“Macam tu lah kawan baik. Tapi kau rasa okey tak kalau aku couple dengan Syaf tu?” Soalan dari Mie yang membuat Chad yang memandu tu tiba-tiba membrek mengejut. Serentak itu kedengaran bunyi hon yang agak kuat dari arah belakang.
“Chad!!” Jerit Mie dari tempat duduk sebelah apabila melihat kepala Chad yang dah terhantuk ke stereng kereta itu.
~~~ bersambung ~~~
p/s : thanks sudi bace, kalau sudi boleh tinggalkan komen :D


No comments:

Post a Comment