Wednesday 12 June 2013

SSID bab 11





Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 11


Oleh : Addy Rifqhiey
Bab 11
SYAF MENUTUP pintu rumah sewanya dengan laju. Jantungnya masih lagi berdegup kencang. Terasa seperti mahu semput saja dadanya ketika ini kerana termengah-mengah menahan nafas. Seperti sudah berlari dua kilometer saja lagaknya. Fara yang sedang menonton tv di ruang tamu itu segera berpaling apabila terdengar bunyi pintu rumah ditutup. Keningnya dinaikkan sedikit. Tanda pelik.
“Lewat balik? Aku ingat kau still tidur sana lagi.” Tegur Fara pada Syaf yang sedang meletakkan kunci rumah di kotak kunci. Syaf melangkah melintasi Fara dengan bagpack serta beg pakaian bersaiz kecil di tangan. Menonong saja langkahnya menuju ke bilik tidur.
“Taklah. Aku kena balik lah sini. Esok kan kerja.” Balas Syaf dengan nada berbaur. Masih lagi terkejut dengan apa yang dialaminya sebentar tadi. Dia memulas tombol pintu biliknya dengan laju. Tidak sanggup untuk berbual dengan Fara sekarang. Hatinya betul-betul rasa tidak tenang.
“Hmm, yelah. By the way, hal dah settle ke?” Soal Fara lagi. Syaf menoleh seketika memandang Fara. Hal apa pulak ni? Namun bila difikirkan kembali, barulah dia teringat yang pada malam dia tergesa-gesa pulang ke rumah mamanya itu, dia ada memberitahu ada hal keluarga yang perlu dia selesaikan.
“Oh pasal tu. Dah settle dah. Sebab tu aku balik ni. Tak apalah Fara, aku dah mengantuk ni. Kita cakap esok aje.” Balasnya lalu melangkah masuk ke bilik. Fara memandang pintu bilik Syaf yang tertutup itu dengan pandangan pelik. Kemudian dia menjongketkan bahu sebelum mengalihkan pandangan ke arah skrin tv yang terpasang.
‘Mungkin dia penat lagi kut.’ Fikir Fara lagi. Dia mula leka dengan rancangan tv yang ditontoninya itu. Sementara Syaf masih lagi kaku dan bersandar di pintu. Dia memejamkan matanya cuba mengusir kejadian yang baru saja berlaku tadi.
Seketika dia bergegas ke bilik air apabila teringatkan solat Isyak yang masih belum ditunaikan. Baju kurungnya yang agak lembap-lembap basah itu perlu ditukar secepat mungkin. Tak naklah pula kena demam nanti. Sudahlah tak hampir seminggu lagi nak raya.
***
“SYAF, PETANG ni pergi cari baju raya nak?” Tegur Fara pada Syaf yang tengah termenung itu di biliknya. Dari tadi dia perasan yang rakannya itu hanya berdiam diri saja di bilik. Petang ini pun mereka hanya bekerja sampai tengah hari saja tadi sebab esok dah mula bercuti panjang.
Syaf menutup novelnya dengan tergesa-gesa apabila menyedari Fara sedang berjalan masuk ke biliknya. Walaupun tangannya masih memegang novel itu namun fikirannya jauh melayang. Sekeping gambar yang diselitkan di dalam novel itu disorokkan ke belakang.
“Ha? Emm…Kau cakap apa tadi?” Syaf berpaling pada Fara. Cepat-cepat saja gambar yang masih disorokkan itu dimasukkan ke dalam novel yang dibuka sedikit. Tingkah Syaf yang agak tidak kena itu diperhati pelik oleh Fara. Kenapa dengan dia ni?
“Aku cakap petang nanti kita pergi cari baju raya nak tak?” Ulang Fara sebelum melabuhkan punggung di sisi Syaf. Wajah Syaf yang masih lagi cuak itu dipandang lama.
“Oh. Ha, boleh jugak tu.” Syaf cepat saja bersetuju lalu bingkas berdiri menuju ke almari pakaiannya. Novel di tangannya juga dimasukkan ke almari. Membuatkan Fara merasa sedikit pelik dengan tingkah rakannya itu. Seperti sedang menyorokkan sesuatu perkara.
“Okeylah. Pukul 2 petang ni kita pergilah. Lambat-lambat karang takut jammed pulak.” Balas Fara. Dia melangkah ke arah Syaf yang sedang berdiri di depan almari.
“Kau okey tak ni? Ada apa-apa masalah ke?” Fara menyoal dengan pandangan yang masih ragu-ragu.
“Ha? Okey aje. Kenapa kau tanya macam tu?” Syaf mengambil baju tshirt biru gelap dari almari.
“Ye ke? Sebab aku tengok kau macam tak ceria aje. Masalah keluarga kau tak settle lagi ke?”
“Taklah. Aku okey aje. Maybe penat sikit kut masa balik rumah mama hari tu.” Syaf menafikan. Penat? Penat bergaduh dengan Firash? Mungkin jugak.
“Okeylah, aku balik bilik kejap nak iron baju.” Fara seraya melangkah ke pintu. Namun hatinya masih belum berpuas hati dengan kata-kata Syaf tu. Mesti ada sesuatu yang cuba disembunyikan ni.
***
“EH APASAL kau angkut kita orang ke sini? Aku bukannya kaki shoppinglah.” Rungut Mie namun matanya tetap memandang Chad yang tengah khusyuk memandu. Fiqri di belakang sedang sibuk berbalas mesej. Mungkin dengan Zara kut agaknya.
“Ha’ahlah. Kita orang memang bukan kaki shopping. Kalau ajak makan memang kenalah dengan kita yang kaki makan ni.” Fiqri sudah tergelak.
“Nak makan apanya? Bulan puasa ni kan. Aku nak pergi cari baju Melayulah. Kau orang dah beli ke?”Soal Chad lalu memberhentikan keretanya di petak parking kosong sebelum memarkirkan keretanya di situ.
“Eh aku ada lagi yang tahun lepas punya. Malaslah nak membazir.” Jawab Mie sebelum membuka pintu kereta. Matanya memandang sekeliling. Ramainya orang.
“Aku dah lama tak beli baju Melayu nampaknya tahun ni kena beli jugak. Lagipun mama aku dah bagi duit ni, malaslah nak dengar dia membebel.” Chad melangkah ke arah Fiqri dan Mie yang tengah berdiri di belakang bonet kereta.
“Anak mama rupanya kawan kita ni.” Usik Mie sebelum tergelak kecil. Fiqri dah tersengih memandang Chad yang menjelingnya.
“Weyh, aku malaslah nak dengar dia membebel. Boleh berbulu nanti telinga.” Rungut Chad lagi.
“Yelah tu. Tapi kita nak ke mana ni? Ramai gila kut orang.” Fiqri memandang sekeliling. Rata-rata ramai yang bawa famili masing-masing untuk membeli-belah. Dah macam pesta pulak kalau tengok ni.
“Janganlah pergi yang kat jual bawah bazar tu memanglah ramai orang, masuk butik lah senang sikit.” Ujar Chad. Matanya memandang seketika beberapa butik pakaian yang ada di situ.
“Pakai yang butik tu, ingatkan nak beli yang biasa-biasa aje.” Fiqri menyampuk.
“Bukan nak berlagak tapi aku suka dengan yang butik punya, selesa sikit tak kisah lah kalau harga mahal sikit.” Chad menambah.
“Ha, yelah tu. So yang mana satu nak masuk sekarang? Banyak ni.” Mie berkata. Ada lebih kurang empat buah butik pakaian kat sini.
“Masuk yang yang terdekat dengan kita dulu lah. Yang lain kejap lagi lah.”
“Okey, jom.” Ajak Chad.
***
“KITA NAK cari kat mana ni?” Soal Syaf seraya matanya melilau-lilau mencari tempat untuk parking kereta. Dah hampir sepuluh minit duduk meronda di kawasan yang terkenal dengan baju-baju yang dijual murah itu tapi juga tak jumpa. Almaklumlah raya tak sampai lagi beberapa hari, memang ramailah orang berduyun-duyun kiri kanan sibuk hendak membeli-belah. Dan kawasan ini memang akan jadi tumpuan kalau tiba musim perayaan macam ni.
“Hmm, pergi Butik Cahaya kat hujung sanalah dulu. Sini tak ada tempat parking nanti jauh pulak nak berjalan kaki.” Balas Fara.
“Yelah, memang penuh pun sini. Dah tak larat aku nak main gear dengan klac ni dari tadi. Kalau kereta automatik tak pe lah jugak.” Rungut Syaf lalu membelokkan keretanya ke simpang kiri untuk ke Butik Cahaya.
“Nanti kalau kau ada banyak duit bolehlah beli satu lagi kereta yang automatik punya sebuah.” Fara dah tergelak bila Syaf mencebik.
“Banyaklah kau nak beli kereta lain. Yang satu ni pun baru je pakai setahun, tu pun dah macam tak larat aje nak bayar bulan-bulan.” Rungut Syaf lagi. Memang betul pun cakap dia tu. Bayaran bulanan kereta dia ni dah memakan hampir satu perempat dari gajinya. Dengan bayaran rumah sewa lagi dan pinjaman belajar lagi, cukup-cukup makan saja gajinya itu. Hanya boleh simpan sikit-sikit aje untuk hal-hal kecemasan.
“Macam ni lah aku ada cadangan yang baik punya.” Tutur Fara sambil mengukir sengih.
“Cadangan apa pulak ni?” Soal Syaf kurang faham. Dia menghentikan keretanya di lampu isyarat kerana lampu isyarat di depan itu tiba-tiba saja bertukar merah.
“Kau kahwin dengan anak orang kayalah. Masa tu baru boleh beli kereta kedua. Nak kereta ketiga dan keempat pun boleh.” Fara dah tersengih-sengih apabila mengutarakan cadangannya itu. Manakala Syaf yang tengah menunggu idea Fara itu dah sedikit tersentak. Erk! Dia menelan liur. Nak kahwin apanya lagi sebab dah kahwin pun! Dia bukannya lelaki yang boleh kahwin dua tiga empat!
“Kau ni diam pulak bila aku bagi best punya idea.” Fara mencebik.
“Aku ni mana lawa tak ada pun orang kaya yang nak kat aku.” Syaf membalas cuba cover diri.
“Yelah tu tak lawa. Kalau tak, takkan si Mie yang muda empat tahun dari kau tu boleh sangkut. Eh apa cerita dengan dia? Kau tak call dia ke?” Kata-kata dari Fara tu membuatkan Syaf hampir tersedak. Tak sangka Fara masih ingat lagi pasal Mie tu. Sementara dia pula sudah buat-buat lupa.
“Eh dah lampu hijau lah. Kau lah ni banyak pulak cakapnya.” Bebel Syaf lalu menarik gear. Padahal cuba melarikan diri dari topik yang diutarakan oleh Fara tu.
“Tengoklah kalau aku cakap pasal Mie aje kau nak mengelak.” Rungut Fara.
“Hessy dia ni. Ada masa lagi nak cakap pasal tu. Kata nak datang shopping tadi.”
“Yelah-yelah. Dah cepat jalan, kereta belakang dah hon pun tu.”
***
“NAK AMBIL yang pink ke purple?” Soal Fara sambil mengacu-acukan baju kurung moden itu ke badannya. Kain dah cantik, harga pun tak adalah mahal sangat. Kira berpatutanlah kalau diikutkan dengan bajunya.
“Kalau aku lebih suka purple kut. Pink tu macam girly sangatlah.” Balas Syaf. Tangannya masih lagi membelek baju kurung biasa yang berkain kapas tu. Nampak cantik tapi warna pulak tak berkenan. Warna merah terang. Memang bukan warna kegemarannya dari dulu.
“Tapi aku suka pink. Kalau pakai rasa macam cute aje.” Balas Fara sambil sengih. Dia mula berkira-kira untuk membeli dua pasang kerana butik tu sedang mengadakan jualan murah sempena hari perayaan yang akan tiba. Lagipun dah malas rasanya nak pergi jelajah kat tempat lain dengan orang ramai yang berpusu-pusu tu. Nak berjalan pun susah, asyik berselisih bahu saja.
“Aku pergi try dulu lah.” Bagitahu Fara sebelum menuju ke fitting room yang terletak di satu sudut di butik itu.
“Okay.” Balas Syaf lalu menghantar Fara dengan sekilas pandang.
Dia membelek-belek pelbagai baju kurung moden yang tergantung elok di situ. Memang ramai pelanggan yang tengah memilih. Siap ada bawa satu keluarga lagi untuk berbelanja. Seketika Syaf mula terasa sebak. Kalaulah arwah ayah dan emaknya masih ada, tentu dia juga sibuk berbelanja seperti sekarang. Beli baju baru, kain langsir baru dan segala-galanya yang baru lah.
Tengah dia ralit melayan ingatannya, Fara datang menepuk bahunya sambil tersengih. Baju kurung moden yang berwarna pink itu sudah tersarung elok di tubuhnya.
“Macam mana? Okey tak?” Soal Fara. Syaf tersenyum kecil apabila melihat sahabatnya itu sedang tersengih. Dah macam budak-budak yang baru nak sambut raya saja. Excited terlebih nak beli baju raya.
“Cantiklah. Tak sangka pulak sesuai aje pink ni dengan kau.” Balas Syaf jujur.
“Aku dah cakap pink memang sesuai dengan aku. Kau aje yang kata pink tu nampak girly sangat.” Ungkit Fara sambil tergelak.
“Memanglah mula-mula aku tengok tadi macam girly sangat tapi bila dah pakai nampak macam cantik pulak.” Sambung Syaf lagi.
“Tahu tak apa. Eh aku ingat nak borong untuk adik aku jugaklah satu. Emm, mak ayah aku pun untuk dia orang nak beli jugak ni.” Sambung Fara lagi yang menyebabkan Syaf dah bulat mata.
“Banyak duit kau?”
“Ada lah sikit bonus untuk raya. Bolehlah spend sikit untuk diaorang.”
“Baiknya kau. Memang patut dapat gelaran kakak mithali ni.” Gurau Syaf.
“Eh aku memang kakak mithali apa. Lagipun adik aku tu masih lagi belajar. Mana dia orang ada duit nak beli baju raya ni. Aku lah yang patut sumbangkan untuk dia orang semua.”
“Ha, baguslah tu. Habis tu kau dah tau ke diaorang pakai saiz apa?” Soal Syaf. Fara ni ikut suka hati dia saja nak beli. Entah-entah saiz pun tak tahu lagi.
“Ha’ahlah. Mak aku tu aku ingat nak beli jubah moden aje. Ayah aku pulak aku dah biasa beli baju Melayu untuk dia. Cuma adik lelaki aku tu sikit aje yang bermasalah, dia punya baju raya tahun lepas singkat sikitlah sebab dia tu tinggi.”
“Habis tu macam mana ni? Takkan nak panggil dia datang sini pulak?” Syaf dah berkerut dahi memikir.
“Memanglah tak suruh dia datang sini. Tapi macam mana ni? Tak ada lah pulak nak suruh orang yang jadi model.” Rungut Fara dan memandang sekitar butik itu. Memanglah tengah ramai sekarang tapi kebanyakan lelaki tua saja yang ada. Tak ada lelaki pula muda untuk dia meminjam sekejap.
***
“DAH DEKAT sejam lebih ni kita kat sini, kau nak beli ke tidak ni?” Soal Syaf sambil mengeluh. Fara masih lagi membelek baju Melayu yang tergantung di rak-rak di situ.
“Aku tak tahulah dia pakai saiz apa. Kalau beli saiz L kan nampak macam besar pulak, tapi kalau ambil saiz M singkat pulak macam mana?” Fara dah berkerut dahi. Pening memikirkan saiz baju untuk adiknya itu. Kalau salah beli dan tak muat memanglah boleh tukar tapi masalahnya sekarang, adiknya itu belajar di UITM Arau dan dia pula di bandar Kuantan. Jauh gila lah kalau datang sini semata-mata untuk menukar baju.
“Dah tu tahun lepas kau beli saiz apa? M ke L?”
“Entahla, tapi aku rasa S kut.” Jawab Fara.
“Haissh, susahlah macam ni. Dahlah kadang tu saiz baju ni berbeza. Tak semua butik saiz dia sama.” Rungut Syaf lagi.
Fara memadang satu persatu orang yang memasuki butik. Seketika bibirnya tersenyum lebar. Yes! Target sudah dikenal pasti!
“Hah, aku dah jumpa!” Fara dah menjerit kat situ sementara Syaf dah mengurut dada kerana terkejut.
“Kau ni agak-agaklah kut kalau nak menjerit tu. Jumpa apa ni?” Tegur Syaf apabila rakannya itu membuat aksi lepas laku. Haissh!
“Jumpa model lah.” Balas Fara sebelum menapak ke arah tiga budak lelaki yang baru saja memasuki butik tersebut. Mata Syaf mengekori jejak langkah Fara sebelum matanya tiba-tiba membulat. Erk, tu bukannya Firash ke?! Syaf sudah kaku di situ apabila memandang Firash dan kawan-kawannya.
“Hai Chad.” Fara menyapa dengan wajah ceria.
Chad dengan Fiqri yang tengah bersembang itu berpaling memandang si pemanggil yang sedang tersenyum memandangnya.
“Err…Hai…Fara kan?” Soal Chad sementara Mie dan Fiqri sudah tersengih-sengih.
“Ha, ingat pun saya. Erm, buat apa kat sini?” Tanya Fara lagi.
Chad memandang Fara sebelum fikirannya terfikir sesuatu. Kalau Fara ada mesti Syaf pun ada. Serentak itu matanya memandang ke sekeliling. Syaf yang tengah membelek baju kurung itu dipandang sekilas. Hurm, ada pun dia kat sini.
“Erm, cadangnya nak beli baju Melayu.” Jawab Chad. Namun matanya tak lepas-lepas memandang Syaf yang ada tidak jauh darinya. Dia ni datang cari baju raya ke?
“Oh, baguslah tu. Saya pun datang nak beli baju Melayu jugak untuk adik saya, tapi tak tahu pulak saiz.” Fara tersenyum lagi. ‘ Aduhai, kenapa awak hensem sangat? Hati saya dah nak jatuh ni?’ Desis hati kecil Fara. Matanya tak lepas memandang ke arah Chad yang tengah bercakap dengannya.
“Ehem.” Fiqri berdeham. Serentak itu Fara dan Chad berpaling ke arah mereka.
“Aku dengan Fiqri nak cari baju Melayu jugaklah.” Mie membuat cadangan. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang. Bukankah itu Syaf ke?
“Eh tadi kata tak nak beli?” Soal Chad sedikit pelik. Tadi rasa si Mie ni beria-ia aje cakap tak nak beli. Ni sibuk pulak nak beli. Apa kes? Atau sebab ada Syaf kat sini?
“Tu tadi, ni macam berkenan pulak.” Fiqri menjawab. Sementara Mie dah menghampiri Syaf yang tengah membelek baju tu. Tangannya membetulkan sedikit rambut.
“Hai.” Tegur Mie ceria. Mahunya tak ceria kalau jumpa orang yang dia suka. Hati pula dah rasa berbunga-bunga aje ni.
Syaf mengangkat mukanya dan berpaling ke arah Mie. Bila masa pulak dia datang sini? Tadi elok saja ada dekat Firash tu.
“Cari baju raya ke?” Soal Mie berbasa basi.
“Err…Ha’ah, cari baju raya.” Jawab Syaf acuh tak acuh. Seketika matanya mengerling ke arah Fara yang tengah rancak bersembang dengan Firash.
“Oh, saya pun datang nak cari baju raya jugak ni.”
“Oh, okeylah tu.” Syaf membalas namun matanya sempat menangkap kelibat Firash dan Fara yang sedang menuju ke arahnya.
“Syaf, aku rasa Chad sesuai kut jadi model tu.” Fara tersengih. Manakala Syaf sudah tersentak. Nak suruh Firash jadi model? Biar betul Fara ni?!
“Kau yakin ke dia boleh guna untuk jadi model kau tu? Memang adik kau lebih kurang dia ke?” Soal Syaf sedikit berbisik.
“Ha’ah. Sesuai sangat. Lebih kurang aje tubuh dia orang tu. Tinggi lepas tu taklah kurus sangat. ” Fara tersenyum memandang Chad yang tengah berpura-pura membelek baju.
“Hmmm, yelah.” Akhirnya Syaf membalas setuju.
“Chad, awak boleh tolong saya try baju Melayu ni tak? Sebab saya nak belikan untuk adik saya.” Pinta Fara dengan lembut.
Chad dah berkerut dahi memandang Fara. Nak suruh tolong try baju? Patutlah beria-ia sapa kat depan tadi.
“Err…Orang lain tak boleh ke? Mie pun boleh kut?” Cadang Chad. Malas rasanya nak turutkan permintaan perempuan ni. Aku punya baju pun tak pilih lagi!
“Tak boleh, Mie tak tinggi tapi awak sesuai lah sebab tubuh awak lebih kurang sama aje dengan adik saya.” Jawab Fara lagi. Chad dah mengeluh lemah.
“Bolehlah…Please… Dah lama kita orang kat sini dari tadi lagi duduk pilih tapi tak boleh lagi nak beli sebab tak tahu saiz.” Fara sedikit merayu. Chad dah serba salah. Manakala Syaf hanya memandangnya tanpa sebarang riak. Apa yang diperkatakan oleh Mie kepadanya langsung tak dihiraukan.
“Yelah, saya tolong. Mana bajunya?” Soal Chad lagi. Dia bersetuju saja kerana sudah malas melayan gadis itu.
“Ni ha, ada dua helai kat sini. Tolong try ye? Fitting room tu ada kat sana.” Fara menuding jari sebelum menghulurkan dua pasang baju Melayu yang ada di tangannya itu. Chad mengambil baju tersebut dan melangkah lemah ke arah fitting room yang terdapat di situ.
***
“AKU RASA macam nak melompat aje dapat jumpa Chad kat sini.” Tutur Fara dengan nada ceria. Tangannya mula memainkan hujung tudung bawalnya. Gedik je! Tapi nampaknya Fara betul-betul suka dekat Firash kut? desis hati Syaf. Walaupun begitu hatinya mula terasa tidak senang.
“Yelah tu. Orang tu tak cakap apa-apa pun lagi kau dah lebih-lebih.” Cebik Syaf dan mengambil dua pasang baju kurung moden sebelum meletakkan kembali di rak. Macam tak berkenan pulak bila dah try tadi. Tak berkenan atau dah mula sakit hati bila Fara cakap macam tu? Erk!
“Memanglah dia tak cakap apa-apa tapi dia tolong aku try baju untuk adik aku pun dah kira okey lah tu.”
“Yelah, eh lambatnya dia pergi cuba kat fitting room tu?” Rungut Syaf.
“Biarlah lambat pun, kita nak rushing pergi ke mana? Bukan boleh makan pun time bulan puasa ni.” Fara dah tergelak. Kalau boleh biarlah lama-lama sikit kat sini. Boleh tengok puas-puas si Firash tu, desis hati kecilnya.
“Memanglah bukan nak rushing tapi aku ingat nak pergi butik sebelah lah. Tak berkenan pulak baju kat sini.” Rungut Syaf lagi. Dia meletakkan balik baju di rak pakaian.
“Nak pergi butik sebelah? Elok jugak tu. Boleh ajak Mie, aku nak tunggu si Chad ni.” Fara tersengih memberi cadangan.
“Ha, tu pun Mie datang.” Fara memuncung bibirnya ke arah Mie yang baru saja melangkah ke sini.
“Mana baju awak?” Mie bertanya. Syaf sudah serba tak kena.
“Err…tak jadi beli kut. Tak berkenan.” Jawab Syaf manakala Fara sudah tersengih memandangnya. Fara sedikit menjauhkan diri, cuba memberi ruang antara Mie dengan Syaf yang tengah bersembang.
“Banyak pilihan kat sini pun tak berkenan?” Soal Mie lagi.
“Ha’ah. Dah try tadi tapi tak kena pulak.”
“Hmm, saya pun kurang berkenan jugak kat sini. Apa kata kalau kita pergi butik sebelah? Saya tengok tadi macam ada banyak jugak pilihan.” Cadang Mie.
“Err….”Syaf dah serba salah. Takkan nak tinggalkan Fara sorang-sorang kat sini pulak kut? Nanti apa kata dia pulak?
“Jomlah, lagipun maybe Chad tu lambat lagi kut dalam fitting room tu.” Tambah Mie. Dia mengerling ke arah Fiqri yang berada tidak jauh darinya. Bercakap telefon lah pulak.
“Emm..”
“Tunggu kejap, saya pergi bagitahu Fiqri.” Tambah Mie lagi sebelum menapak menuju ke arah Fiqri. Syaf memusingkan kepalanya ke sebelah. Eh mana pulak Fara pergi ni? Tadi elok saja ada kat situ.
Baru saja kakinya melangkah dua tapak ke depan, Mie sudah kembali dengan senyuman.
“Jomlah. Biar Fiqri aje yang tunggu Chad kat sini.” Tutur Mie. Syaf dah teragak-agak untuk pergi.
***
“MANA KAWAN awak yang lagi sorang tu?” Soal Chad pada Fara dengan baju yang masih di tangan. Dia baru saja keluar dari fitting room itu. Tubuhnya sedikit berpeluh kerana tergesa-gesa untuk mencuba baju itu. Dihulurkan ke Fara yang berada di hadapannya.
“Eh dah siap dah? Kawan saya? Oh Syaf ke? Tadi dia ikut kawan awak tu Mie pergi butik sebelah. Katanya tak berkenan pulak dengan baju kat sini.” Jawab Fara jujur. Matanya ralit memerhatikan mata Chad yang berwarna hazel tu.
“Ikut kawan saya?” Soal Chad lagi dengan nada terkejut. Boleh pulak si Syaf ni suka-suka hati saja pergi ikut Mie tu!
“Ha’ah. Eh macam mana dengan baju ni? Ambil M ke L?” Soal Fara lagi. Manakala mata Chad dah terjenguk-jenguk seperti mencari sesuatu.
“Chad, saya tanya nak ambil M ke L?” Ulang Fara lagi. Dia ni kenapa asyik duduk terjenguk-jenguk saja. Cari siapa?
“Ha? Kalau ambil M singkat tapi baju dah okey kalau ambil L pulak labuh sangat, baju pun besar.” Chad membalas. Fara dah mula garu kepala. Macam mana ni? Ada yang okey tapi singkat pulak. Ada yang satu lagi besar dan labuh pulak. Aduhai, pening kepala!
“Macam mana ni? Susahlah nak beli baju Melayu ni.” Rungut Fara lalu meletakkan kembali baju Melayu yang dicuba tadi di atas rak. Tangannya hanya mengambil tiga pasang baju kurung serta sepasang jubah saja untuk dibayar ke kaunter bayaran.
“Pergi butik sebelah aje lah. Saya pun ingat nak pergi sana ni.” Cadang Chad lalu berjalan ke arah Fiqri yang masih berbual di telefon.
“Butik sebelah jom?” Tanggannya menepuk lengan Fiqri.
“Apa?”Fiqri merengangkan telefon bimbitnya dari telinga seraya menjungkitkan kening.
“Pergi butik sebelah. Jomlah.”
“Oh, kejap.” Balas Fiqri lalu berkata sesuatu pada telefon bimbitnya sebelum melangkah keluar bersama-sama dengan Chad. Meninggalkan Fara keseorangan yang tengah beratur untuk membayar itu.
***
“SAYA TUNGGU awak call hari tu tapi tak ada pun.” Tutur Mie dengan nada dibuat sedikit sedih. Sengaja untuk melihat reaksi gadis di sebelahnya itu.
Syaf yang baru saja melangkah masuk ke butik Impian tu memberhentikan langkah. Matanya memandang ke arah Mie. Dia ni ingat lagi ke pasal hari tu? Aku pun dah lupa, desis hatinya.
“Err…Sebenarnya nombor awak tu dah hilang, tak tahu tercicir kat mana.” Jawab Syaf berterus terang.
“Patutlah saya tunggu-tunggu awak tak call or mesej saya. Ingatkan tak sudi tadi.” Balas Mie lagi dengan senyuman. Alahai hati, sabar sajalah! Takkan larinya gunung dikejar!
“Takpe, nanti saya bagi nombor saya lagi. Erm, awak nak beli baju apa ni?” Soal Mie sambil memerhatikan pakaian yang elok tergantung di rak-rak baju. Kebanyakannya new arrival. Sudah pasti khas untuk raya nanti.
“Tak tahu lagi nak beli baju apa.” Syaf berlalu dan meninggalkan Mie di belakang. Rasa janggal pulak bila ada lelaki yang menemaninya untuk membeli baju. Biasanya dia pergi beli baju hanya dengan kawan-kawan perempuan saja kerana senang untuk bertanyakan pendapat nanti.
Mie mengeluh perlahan apabila Syaf meninggalkannya begitu saja. Macam jual mahal saja dia ni! Dia cuba mendekati gadis itu lagi.
“Saya rasa yang ni cantik. Sesuai aje dengan kulit awak.” Mie berkata dan mengambil satu baju kurung Pahang yang berkain chiffon biru lembut itu. Dihulurkan kepada Syaf yang baru saja berkalih memandangnya. Eh mamat ni, aku dah lari tapi dia masih lagi nak mengendeng!
“Cantik tapi macam jarang kain baju ni.” Syaf menjawab ala kadar. Namun dia tetap memegang baju kurung Pahang itu sekejap. Memang kain dia lembut, warna pun tak adalah menyerlah sangat tapi kain pulak nampak jarang.
“Awak boleh pakai inner macam kat patung tu pakai.” Cadang Mie seraya tangannya menunjukkan patung yang sedang memakai baju kurung Pahang tu. Jenisnya juga sama kecuali patung tu dipakaikan dengan warna kuning cair.
“Saya tak suka pakai inner.” Syaf berterus terang. Dia lebih sukakan baju kurung yang diperbuat dari kain kapas. Sejuk dan menyerap peluh.
“Habis tu awak nak beli yang macam mana? Kebaya?” Soal Mie lagi. Syaf dah mula rasa rimas. Lelaki itu seolah-olah cuba untuk mencungkil semua rahsia tentang dirinya.
“Saya tak pakai kebaya.” Laju Syaf menjawab. Kakinya melangkah ke arah jubah moden yang tersusun cantik tu. Manakala Mie dah mengeluh lemah. Susah juga jadi orang perempuan ni, macam-macam kerenah tapi demi untuk mengambil hati Syaf dia sanggup. Wajahnya kemudian diceriakan kembali.
“Ha, yang ni kut sesuai dengan awak.” Mie menuding jari pada baju kurung kapas yang tergantung di situ. Dihiasi dengan bunga-bunga ros kecil berwarna pink, nampak macam comel saja kalau si Syaf ni pakai.
“Pink.” Sepatah yang keluar dari mulut Syaf itu membuatkan Mie menjungkitkan keningnya. Kenapa dengan pink?
“Awak tak suka pink ke?”
“Ha’ah. Saya kurang suka warna-warna terang.” Syaf berterus terang. Memang dia tak suka warna pink. Tadi pun dah bertekak dengan Fara pasal warna ni dekat butik sebelah.
“Hurm…” Mie dah mengeluh. Penat juga nak melayan perempuan ni! Sementara Syaf memandang ke arah pintu butik yang baru saja dimasuki oleh Fiqri dan Firash. Mata Firash kelihatan tidak berkedip memandangnya.
***
FIRASH DAN FIQRI melangkah laju ke arah Mie yang sedang berbual dengan Syaf. Syaf yang sedikit terperanjat dengan kehadiran Firash tu menjauhkan sedikit jaraknya dari Mie.
“Mana baju? Kata nak beli tadi?” Soal Firash. Ekor matanya tetap memandang Syaf yang tidak jauh darinya. Gadis itu hanya mendiamkan diri saja.
“Aku baru aje nak pilih kau dah datang.” Jawab Mie sambil tersengih.
“Laa, aku ingat dah siap try ke apa? Ni baru nak pilih? Dah jumpa awek cun terus lupa eh?” Usik Fiqri membuatkan Mie ketawa kecil dan menepuk bahu Fiqri.
“Kau ni, bagilah aku chance jugak. Tengok tadi Chad tu dengan Fara, bagilah aku dengan Syaf pulak.” Cadang Mie. Chad dah telan air liur. Nampaknya Mie betul-betul ni nekad nak pikat si Syaf ni! Serentak itu dia meninggalkan Mie dan Fiqri yang tengah rancak bersembang. Didekatinya Syaf yang tengah membelek baju di satu sudut.
“Tak sangka eh boleh jumpa kat sini.” Tegur Firash sedikit berbisik pada Syaf yang tengah tidak sedar akan kedatangannya di situ. Sedangkan Syaf hampir-hampir terkejut apabila suara Firash perlahan menyapa telinganya. Sudahlah jarak dia dengan lelaki itu hampir-hampir rapat. Kalau salah seorang bergerak mesti bersentuh.
“Err….” Syaf dah tak tahu nak jawab apa. Dia kaku sekejap di situ.
“Patutlah tak balik rumah lagi. Merayap kat sini rupanya.” Sambung Firash lagi. Matanya masih ralit memandang Syaf tapi Syaf menjatuhkan pandangannya ke baju yang tergantung.
“Eh aku dah janji nak balik esok kat mama hari tu.” Tiba-tiba Syaf mendapat sedikit kekuatan. Membalas kata-kata Firash dengan nada geram Boleh pulak dia cakap aku datang sini nak merayap? Aku datang sini nak beli baju rayalah, gumamnya dalam hati.
“Yelah tu.” Firash memandang sekeliling. Mie tengah bercakap apa entah dengan Fiqri. Syaf menarik nafas panjang. Sabar aje lah wahai hati!
“Bestlah kan dapat layan lelaki lain?” Soal Firash lagi dengan nada menyindir. Syaf yang sudah terasa geram dengan kata-kata Firash tu memalingkan mukanya supaya bertentangan dengan Firash. Mata mereka bertembung. Masing-masing merenung dengan mata yang tak berkelip.
“Kau kenapa? Tak puas hati dengan aku?” Soal Syaf dengan nada sedikit dikuatkan apabila mendapati Mie dan Fiqri berada sedikit jauh antara mereka. Bibirnya diketap dengan sedikit kuat.
“Aku tak cakap pun tak puas hati. Aku cuma tanya aje.” Balas Firash dengan nada jengkel. Diperhatikannya tangan Syaf yang tengah memegang baju kurung moden hijau lembut itu.
“Dahlah, aku nak pergi bayar.” Balas Syaf lalu bergerak ke kaunter. Malas dia melayan Firash yang seperti tidak puas hati saja dengannya itu. Belum sempat dia melangkah, tangan Firash menarik baju lengan baju yang dipakai oleh Syaf. Syaf berkerut kening memandang Firash. Apa lagi yang dia ni nak?
Firash mengambil baju yang ada di tangan Syaf dan satu lagi saiz yang sama di rak sebelum menuju ke kaunter. Syaf masih lagi kaku tak bergerak. Tidak memahami apa yang Firash cuba lakukan.
“Ni baju kau. Dah pergi balik.” Firash menyerahkan satu beg kertas yang berisi dua pasang baju kurung. Satu berwarna hijau muda dan satu lagi berwarna hitam. Matanya sempat merenung tajam ke arah gadis itu. Seakan memberi amaran supaya gadis itu beredar.
Syaf yang malas bertengkar dengan Firash di situ laju saja menyambut huluran beg kertas dari Firash. Manakala Mie dan Fiqri yang sempat memandang sedikit gelagat Firash tadi mengundang pelbagai persoalan. Namun Mie sedikit kecewa apabila melihat Syaf yang sudah melangkah menuju ke pintu keluar. Dia merengus geram dan mengerling ke arah Firash sekilas. Apa kena dia orang berdua ni?
Fara yang baru saja masuk ke butik itu hampir-hampir saja bertembung dengan Syaf. Dia mengerut dahi. Cepatnya beli baju? Rasanya tak sampai pun sepuluh minit aku beratur tadi!
“Eh dah nak balik ke?” Soal Fara. Syaf memandang Fara sekejap sebelum mengangguk. Menonong saja langkahnya ke luar butik.
p/s : thanks sudi bace n komen :D DDD

No comments:

Post a Comment