Wednesday 12 June 2013

SSID bab 9


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia!9


Bab 9
Firash mencelikkan sedikit matanya apabila terasa ada sesuatu yang menyilaukan matanya. Dia menggosok-gosok mata dengan tangan sebelum mendapati Puan Farizah sedang duduk di katilnya.
“Sakit lagi?” Lembut Puan Farizah bertanya. Comforter yang menutupi hampir separuh tubuh anaknya itu ditarik. Firash membetulkan kedudukan dan bersandar di kepala katil. Jam di meja dikerling, sudah masuk pukul 10 pagi pun. Lamanya aku tidur. Eh tapi bukan semalam aku tertidur dengan Syaf ke? Fikirnya cuba mengingati perkara yang terjadi semalam.
“Erm, macam dah okay je.” Balas Firash sebelum menghulurkan kaki ke bawah. Puan Farizah memandang anaknya itu dengan senyuman kecil yang terukir di bibir.
“Tidur berteman cepatlah baik kan?” Puan Farizah ketawa kecil. Firash berpaling memandang mamanya sekilas. Erk! Mama tahu ke pasal aku tidur dengan Syaf semalam? Cepat-cepat langkahnya dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri. Duduk lama-lama nanti makin banyak pulak dia kena perli dengan mamanya itu.
Beberapa minit kemudian, dia siap membersihkan diri. Dengan hanya bertuala, dia melangkah keluar dari bilik air. Namun langkahnya terhenti apabila melihat sesusuk tubuh yang sedang membelakanginya itu. Mana mama? Apasal dia pulak boleh ada dalam bilik aku ni? Firash mengenyeh matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang dilihatnya sekarang.
Syaf yang sedang meletakkan dulang berisi semangkuk bubur yang masih berasap tipis dan segelas milo suam itu berpaling ke belakang apabila terasa ada yang memandangnya. Dia tergamam melihat Firash yang hanya bertuala. Air liur ditelan kesat. Terasa mula panas pipinya melihat keadaan itu. Akhirnya cepat-cepat dia berdiri untuk menghilangkan kegugupannya itu.
“Err..Tu ada bubur dengan air milo. Makanlah sebelum makan ubat.” Hampir tergagap Syaf menuturkan ayat itu. Itu pun matanya tidak memandang langsung ke arah Firash yang masih tegak berdiri tidak jauh darinya.
“Hmm..” Syaf terdengar Firash hanya menggumam sebelum anak matanya sempat menangkap tubuh Firash berjalan melintasinya. Jantungnya yang dari tadi berdegup kencang terasa seperti mahu melompat. Melihat tubuh Firash yang hampir tidak berbaju itu menyebabkan ingatannya pada satu kejadian itu kembali terlakar di ruang matanya. Tiba-tiba nafasnya terasa sesak.
“Eh kejap.” Syaf yang tengah melangkah menuju ke pintu itu terhenti. Firash panggil aku ke? Dia sedikit memalingkan mukanya. Dilihatnya Firash sedang berjalan menghampirinya. Apa hal pulak ni?
“Aku nak…” Ayat Firash itu terhenti apabila tubuhnya sudah hampir dengan Syaf. Syaf mula telan liur. Dia nak apa ni? Jangan cakap dia nak bukan-bukan sudahlah. Eh apa aku mengarut ni? Kan bulan puasa ni, Syaf hampir mengetuk kepalanya kerana mula berfikir yang bukan-bukan.
“Nak apa?” Akhirnya Syaf cuba memberanikan diri untuk bertanya apabila melihat Firash yang seakan-akan sedang merenungnya atas bawah.
“Aku nak mintak kau tolong aku ke rumah sewa petang ni.” Firash memberitahu. Syaf sedikit terkejut. Namun dia mengeluh kelegaan. Hantar dia pergi rumah sewa? Macam pelik je. Biasanya tak pernah pun suruh aku datang ke sana. Sebab katanya bimbang jika kawan-kawannya itu tahu akan rahsia mereka.
“Eh biasa kau….”
“Aku cakap suruh hantar tu hantar je lah.” Sedikit tegas Firash menuturkan.
“Yelah.” Putus Syaf sebelum melangkah menghampiri pintu bilik.
“Nanti kau pakai baju elok sikit.” Sempat lagi Firash berpesan sebelum Syaf keluar dari biliknya itu. Syaf berpaling seketika namun kelibat Firash sudah tiada di belakangnya. Kepalanya terasa sedikit pening. Kenapa suruh aku pakai baju elok-elok bagai pulak ni? Dia ni ada agenda lain yang aku tak tahu ke?
***
Firash berjalan menuruni tangga sambil membetulkan lengan kemejanya. Dia meninjau-ninjau cuba melihat kelibat sesiapa yang ada namun ruang tamu namun tiada berorang. Mungkin dah ada kat luar rumah dah kut?
“Cepat sangat nak balik. Rehatlah dulu sehari lagi kat sini.” Puan Farizah berkata sayu memandang Syaf yang sedang meletakkan begnya di dalam bonet kereta. Syaf tersenyum kecil dan mendapatkan Puan Farizah. Disalam dan dicium kedua-dua belah pipi Puan Farizah itu.
“Ma, esok Syaf kerja lah ma. Firash pun mesti dia ada kelas esok.” Syaf cuba menenangkan Puan Farizah. Dari riak yang terpamer di wajah tua itu, jelas nyata akan kesedihan yang dirasainya. Namun apa yang boleh dia buat, dia ada tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Sudahlah minggu lepas dia bercuti sehari, mesti bertimbun-timbun kerja yang sedang menanti.
“Ha’ah ma. Firash pun dah lama cuti. Assignment berlambak lagi tak siap. Kalau tak ada gastrik ni, nak aje Firash balik semalam.” Firash menambah dari arah belakang.
Puan Farizah mengeluh lemah. Siapa kata hati tuanya tidak sedih melihat anak dan menantunya itu sudah mahu pulang ke rumah masing-masing. Namun apakan dayanya untuk menghalang jika masing-masing sudah terikat dengan tanggungjawab.
“Tapi Syaf balik awal nantikan sebelum raya?” Puan Farizah bertanya pada Syaf yang masih tidak berkelip memandang Firash di belakangnya itu.
“Err..Ha..Syaf cuti dua hari sebelum raya.” Jawab Syaf sedikit tergagap. Pakai kemeja? Matanya memadang lama ke arah Firash. Kemudian dia memandang ke arah tubuhnya yang memakai baju kurung berwarna biru muda dengan corak bunga-bungaan kecil. Ini aje baju yang dia ada di sini selain dari tshirt dan jeans.
“Kalau macam tu tak lama lagi lah Syaf kat sana. Tak apalah janji Syaf balik awal.” Puan Farizah membalas dengan senyuman. Otaknya mula berfikir. Sempat kut nanti nak ajak Syaf buat kuih raya dengannya.
“Kenapa ma?” Soal Syaf sedikit pelik melihat senyuman Puan Farizah.
“Tahun ni mama ingat nak ajak Syaf buat kuih raya dengan mama. Dah lama mama tak buat kuih. Asyik beli aje.”
“Oh. Boleh-boleh. Syaf okay je.” Balas Syaf tersenyum kecil. Dulu masa arwah emak dan ayahnya ada, biasa juga dia menolong emaknya namun hampir lima tahun lepas tradisi itu sudah tidak diikutinya lagi.
“Yelah. Hati-hati nanti. Jangan duk bawak laju-laju pulak tu.” Pesan Puan Farizah sebelum Syaf dan Firash memboloskan diri ke dalam kereta. Syaf menurunkan cermin kereta untuk melambaikan tangannya.
***
Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam itu akhirnya tiba juga. Syaf melihat jam di dashboard. Sudah pukul 6.15 petang pun. Ada satu jam lagi sebelum berbuka. Dia menolah ke arah Firash yang hanya diam di sebelah.
“Err, tak nak turun ke?” Soal Syaf apabila melihat Firash yang hanya berdiam diri. Tadi dengar cakap macam tak sabar saja nak balik rumah sewa. Ni bila dah sampai macam tak ada semangat pun nak turun. Atau aku parking kereta jauh sangat dari rumah dia? Fikir Syaf sendiri.
Firash mengeluh perlahan sebelum mengerling sekilas ke arah Syaf yang berada di sisinya. Memang dia ni tak boleh fikir kut kenapa aku suruh pakai baju elok-elok sikit. Lembap betul!, kutuknya dalam hati.
“Tak jadilah nak balik. Bawak aku pergi jalan-jalan.” Syaf hampir saja terkedu. Betulkah apa yang aku dengar ni? Dia nak pergi jalan-jalan dengan aku?
“Err..Apa kau cakap tadi?” Soal Syaf sedikit berkerut dahi. Mungkin telinganya salah dengar tadi kut apa yang Firash cakap.
“Aku cakap bawak aku pergi jalan-jalan.” Ulang Firash sedikit tegas. Syaf mencebik. Nak suruh bawak pergi jalan-jalan pun macam nak ajak bergaduh je. Akhirnya Syaf menghidupkan kembali enjin kereta yang dimatikan itu sebelum membuat u-turn berhampiran taman tempat kereta diberhentikan itu.
“Kau nak pergi mana ni?” Soal Syaf yang masih khusyuk memandu. Kebanyakan jalan mulai sesak dengan kereta yang bertali arus. Yelah, sudah hampir masuk waktu berbuka. Mungkin masing-masing sibuk untuk pulang ke rumah. Sedangkan dia dengan Firash pula masih berada di dalam kereta.
Di kala itu, Syaf mula berfikir. Nanti kalau sudah masuk waktu berbuka, nak berbuka kat mana lah? Sudahlah mamat ni mengada-ngada nak pergi jalan-jalan pulak. Aku tahu lah yang dia tak puasa hari ni sebab gastrik malam tadi. Syaf merungut-rungut sendiri.
“On-GPS kejap.” Firash mengarah. Syaf berpaling sekilas sebelum menghidupkan alat GPS itu. Dah lama dia beli cuma jarang-jarang saja dia pakai sebab dia pun jarang pergi jalan jauh-jauh. Hanya dalam kawasan tempat kerjanya sahaja.
“Ikut je GPS tu.” Sambung Firash lagi. Syaf tanpa bertanya hanya mendengar saja alat itu bercakap. Namun matanya sempat menjeling-jeling ke arah GPS itu. Cuba memastikan ke arah mana alat itu menunjuk arah.
***
“Hotel?” Syaf bertanya dengan berkerut dahi. Betulkah apa yang GPS ni cakap? Nak buat apa kat hotel ni?
“Tu ada parking kosong.” Firash menuding jari ke arah parking hotel yang tidak jauh dari tempat mereka berhenti kereta. Syaf hanya mengikut kata-kata Firash tanpa banyak bertanya.
Selepas memarkirkan kereta di ruang parking, Syaf dan Firash turun dari kereta. Sebenarnya Syaf masih lagi pelik dengan kelakuan Firash namun dia tidak berani untuk bertanya. Diikutnya sahaja langkah lelaki itu menghala ke pintu hotel.
“Boleh jalan laju sikit tak?” Tegur Firash apabila mendapati Syaf berjalan agak jauh darinya. Cepat-cepat saja Syaf cuba menyaingi langkah Firash itu. Sesampainya saja di satu tempat, kelihatan Firash bercakap sesuatu dengan pekerja hotel itu. Syaf hanya menunggu sahaja tanpa berkata apa-apa.
“Petang ni kita buka kat sini.” Tutur Firash pada Syaf yang masih bingung itu. Dilihatnya gadis itu seakan terkejut.
“Buka kat hotel?” Soal Syaf dengan riak yang masih terkejut. Namun hati kecilnya mula tersenyum kecil. Tak pernah lagi aku buka kat hotel selama ini. Kalau setakat makan jumpa client tu ada lah jugak sekali-sekala.
“Jom.” Firash dengan selambanya menarik tangan Syaf. Syaf yang masih terpinga-pinga itu menurut saja jejak langkah Firash. Syaf merenung tangannya yang masih digenggam oleh Firash. Biar betul dia ni pegang tangan aku? Namun dia hanya buat-buat tidak tahu saja apabila terasa tangannya digenggam erat oleh Firash.
Akhirnya mereka berdua sama-sama menuju ke sebuah meja yang ditunjukkan oleh pekerja hotel itu di sini. Syaf melabuhkan punggung di kerusi yang berikat reben itu sebelum melemparkan pandangan ke arah sekeliling. Sudah ramai orang mula memenuhi ruang tersebut. Yelah,sudah hampir sangat pun waktu berbuka.
“Kau jangan salah faham pulak. Aku bukannya sengaja nak ajak kau buka kat sini tapi minggu lepas aku dapat free invitation.” Tutur Firash pada Syaf. Syaf yang mendengarnya sudah mencebik. Aku dah agak dah, dia ni bukannya stok suka belanja orang pun. Apatah lagi kalau belanja makan kat hotel ni, memang jauh pangganglah dari api. Syaf mengutuk Firash dalam hati..
“Hmm..” Syaf hanya menggumam sambil mengangguk tanda faham.
“Aku nak pergi ambil makanan ni.” Tutur Firash sebelum berdiri. Syaf melihat saja susuk tubuh Firash yang sudah menghilang di celah-celah orang ramai di meja bufet itu. Huh! Macamlah dia tu puasa pun hari ni, sepatutnya aku yang puasa ni kena ambil makanan dulu!
p/s : utk readers yg setia menunggu ceta ni…kite hntr dua bab tuk kali ni..need ur commet…tqvm :D DD

No comments:

Post a Comment