Wednesday 12 June 2013

SSID bab 12


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 12

Oleh : Addy Rifqhiey
BAB 12
MIE YANG tidak berpuas hati dengan pemergian Syaf secara mendadak itu laju saja mengekori gadis itu keluar dari butik. Fara yang sedang memandang mereka itu berkerut dahi. Apakah yang telah terjadi? Takkan bergaduh pulak? Bisiknya dalam hati sebelum mengambil keputusan untuk mengekori jejak langkah mereka berdua.
Diperhatikan Mie sedang berlari-lari anak mengejar Syaf yang sedang melewati dua buah lot kedai berhampiran. Akhirnya langkahnya terhenti seketika di kaki lima butik itu setelah berfikir. Baik aku bagi peluang untuk dia berdua-duaan, fikirnya sebelum mengerling sekilas ke arah Chad yang masih berada di dalam butik. Hmm, kejar Chad lagi bagus! Lalu dia memusing langkah ke kembali masuk ke dalam butik.
Sementara Mie yang masih sibuk mengejar Syaf itu semakin menghampiri apabila gadis itu berhenti di tepi jalan raya yang agak sibuk. Mungkin untuk pergi ke tempat parking kereta, fikirnya.
“Syaf, tunggu kejap!” Laung Mie sedikit kuat apabila gadis itu sudah hampir menyeberangi jalan. Syaf berpaling seketika melihat Mie yang sedang memanggilnya. Dia mengeluh perlahan apabila nampak Mie menuju ke arahnya.
“Ada apa?” Soal Syaf dengan nada lemah. Dia sudah malas melayan lelaki ini. Tidak habis-habis datang mengacaunya sejak dia dengan Fara masuk ke butik tadi. Lagi pula dari gerak dan percakapan Firash ternyata memang lelaki itu tidak suka Mie rapat dengannya. Dia pula tidak dapat menebak kelakuan lelaki itu sekarang. Kadang-kadang seperti mengambil berat terhadapnya. Contohnya seperti dua hari lepas, siap sanggup lagi kena tempias air semata-mata tidak mahu tubuhnya basah. Tetapi hari ini agak bersikap dingin pula. Tengok sajalah reaksi lelaki itu di butik tadi. Memang menjengkelkan dan kata-katanya penuh dengan sindiran. Huh!
“Cepatnya awak nak balik? Takkan tak nak tunggu kawan awak dulu?” Soal Mie sedikit mengah. Laju juga dia ni berjalan, sambung Mie dalam hati. Wajah dingin gadis itu dipandang penuh minat. Hard to catch betullah dia ni! Tengoklah sempat lagi buat muka tak ada perasaan bila tengok aku! Tapi takpe, masih awal lagi ni!
“Saya tunggu dia kat kereta aje. Malaslah nak duduk kat sana lama-lama.” Balas Syaf lagi. Mie merenungnya tidak berkelip. Pelik dengan kata-kata gadis di hadapannya sekarang. Takkan nak tunggu kat kereta pulak? Kata kawan. Takkan tak nak temankan kawan membeli pula? Habis tu buat apa datang berteman kalau macam tu? Baik datang sorang aje, fikir Mie lagi.
“Awak memang pelik tapi saya rasa macam awak sengaja nak jauhkan diri dari saya aje kan?” Soal Mie lagi tidak berpuas hati. Syaf menggigit bibirnya. Memang dia ni pandai betul baca fikiran orang! Inilah padahnya kalau cerita sebenar tidak disebarkan pada orang lain. Kan aku sendiri jugak yang susah, rungutnya dalam hati mengenangkan Firash yang masih belum enggan menceritakan tentang status mereka yang sebenar.
“Err..Taklah. Saya ni rasa macam pening sikit. Maybe ramai sangat orang kut kat dalam tu.” Sambung Syaf mereka alasan. Ah bantai aje lah! Tapi memang orang ramai pun dalam butik tu tadi. Serentak itu tangannya cuba memegang kepala, membuat lakonan seakan real di mata Mie.
“Oh kalau macam tu, baik awak cepat pergi masuk kereta. Mungkin panas sangat kut.” Cadang Mie pada Syaf. Bimbang pula kalau terjadi apa-apa kat gadis itu. Sudahlah di tengah panas rembang ni. Matanya masih menekur pandang ke arah wajah putih kemerah-merahan yang dibakar cahaya matahari itu. Renik-renik peluh mula kelihatan di dahi gadis itu. Comel!
“Yelah. Saya nak pergilah ni.” Putus Syaf lalu memandang ke hadapan. Dia pun tidak sanggup untuk berlama-lama di tepi jalan itu. Sudahlah ada antara orang yang lalu lalang memandang mereka dengan pandangan pelik. Mungkin kerana bersembang betul-betul berhampiran dengan jalan.
“Syaf, watchout!” Jerit Mie apabila melihat gadis itu dengan selamba saja cuba melintas jalan tanpa memandang kiri kanan. Hampir-hampir sahaja sebuah kereta yang sedang meluru laju ke arah gadis itu melanggarnya. Pemilik kereta itu memberhentikan keretanya dan menjenguk kepala dari cermin tingkap yang diturunkan.
“Hoi, dah tak sayang nyawa ke?” Pemilik kereta itu sedikit menjerit. Mungkin kerana gadis itu langsung tidak bergerak. Kaku di situ saja.
Mie yang menyaksikan kejadian itu cepat-cepat menarik lengan Syaf sehingga gadis itu rapat ke arah tubuhnya. Sempat lagi dia meminta maaf kepada pemilik kereta itu sebelum memandang ke arah wajah Syaf yang sudah berubah pucat.
“Syaf, awak okay tak ni?” Soal Mie cemas. Gadis itu langsung tak bergerak. Matanya seakan membulat. Hanya deru nafas saja yang kedengaran.
Syaf sempat memandang ke arah Mie sekilas yang sedang merenungnya tak berkelip. Namun bibirnya tidak mampu untuk berkata apa-apa. Lututnya terasa menggigil. Pandangan matanya terasa kabur lalu semuanya menjadi gelap.
“Syaf!” Jerit Mie memanggil nama gadis itu sebelum tubuh gadis itu melorot jatuh. Tangannya sempat memaut pinggang Syaf dan dirapatkan ke tubuhnya. Dia panik!
***
CHAD MENGAMBIL sehelai baju Melayu yang berwarna hijau muda dan terus pergi ke kaunter untuk membayar. Nasiblah tadi dia pernah mencuba baju di butik sebelah jadi tak ada masalah lah baginya walau tidak mencuba baju itu. Mie yang memerhatikan gelagat Chad yang sedikit pelik itu menghampiri rakannya.
“Weyh, tak nak cuba dulu ke?” Soal Fiqri berkerut dahi. Karang singkat ke labuh susah pulak nak datang sini. Dahlah dengar kata nak balik kampung esok, fikir Fiqri dalam hati.
“Tak apa. Tadi kan aku dah try kat butik sebelah so no hal lah.” Balas Chad lalu mengeluarkan tiga keping not RM50 dari dompetnya itu. Sekilas dia mengukir senyum pada pekerja butik itu.
“Kalau macam tu tak apalah. Aku nak pergi try kejap. Eh mana pulak Mie ni?” Rungut Fiqri sambil memandang ke sekeliling butik itu. Tak ada pun!
Chad yang sudah membayar pakaiannya itu memandang ke arah Fiqri. Dia juga turut memandang ke sekeliling butik. Kelibat Mie langsung tak kelihatan. Dia mengetap gigi. Sudah pasti kawannya itu pergi mengejar Syaf agaknya, fikirnya lagi.
“Aku try cari dia kejap. Kau pilihlah baju tu dulu.”
“Yelah, nanti aku call kau kalau dah siap.” Balas Fiqri sebelum berlalu ke arah pakaian yang sedang bergantungan di situ.
Chad melangkah laju dan hampir-hampir saja merempuh Fara yang sedang menuju ke arahnya. Dia berhenti seketika untuk bertanya.
“Nampak kawan saya tak?” Soal Chad pada Fara. Fara yang sedang membimbit dua beg kertas itu tersenyum manis.
“Rasanya dia ikut Syaf tadi.” Balas Fara jujur. Dia merapatkan dirinya ke arah tubuh lelaki itu.
“Hmm, kalau macam tu tak apalah. Saya cari dia dulu.” Balas Chad lalu meninggalkan di situ. Mie ikut Syaf?! Hessy, pantang aje ada peluang!
Fara terkebil-kebil di situ apabila dengan selamba Chad meninggalkannya tanpa sempat dia berbual. Dia merengus kecil dan melangkah ke dalam butik. Kalau tak memikirkan baju Melayu untuk adiknya itu perlu dibeli, mungkin saat ini dia menghalang Chad pergi dari situ. Di saat itu dia terperasan yang si Fiqri ada di dalam butik itu. Hmm, boleh jugak kalau mintak tolong dia pilih nanti, fikirnya lagi sebelum menghampiri Fiqri.
Chad berjalan laju-laju dengan membimbit sebuah beg kertas di tangan. Matanya dikalihkan ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat mereka berdua. Setelah hampir melewati dua buah lot kedai itu, barulah dia terperasan akan kelibat Mie yang berada di tepi jalan. Matanya hampir terbuntang luas apabila melihat Mie yang sedang memeluk Syaf. Eh biar betul ni?!
***
“SYAF!” Jerit Mie sedikit kuat apabila tubuh gadis itu seakan melorot jatuh ke bawah. Dari riak cemas sudah bertukar menjadi panik. Sempat dia memaut pinggang Syaf dan di sandarkan tubuh gadis itu ke bahunya.
Dia memerhatikan sekeliling. Ada beberapa pasang mata yang memandangnya dengan pandangan tajam. Dia menelan liur. Aku bukan sengajalah nak peluk dia! Ni pun sebab terdesak!
“Syaf.” Panggilnya lagi apabila perasan mata gadis itu seakan bertutup rapat. Dia mula berdebar sakan. Ni pengsan sebab terkejut ataupun sebab pening kepala? Di saat itulah terdengar derap langkah yang sedang berlari-lari menuju ke arahnya dari arah belakang.
“Apa hal ni?” Soal Chad dengan riak cemas apabila perasan kepala Syaf sudah terlentok di bahu Mie. Mata gadis itu yang terpejam rapat itu makin merisaukan hatinya.
Mie yang masih lagi terkejut bercampur panik itu menggeleng kepala laju-laju.”Err..Aku tak tahu. Mungkin dia terkejut sebab ada kereta yang nak langgar dia tadi kut masa melintas.” Balas Mie jujur. Mata Chad membulat. Hampir kena langgar?!
Chad cepat-cepat menghampiri Mie lalu menarik bahu gadis itu dan merangkul pinggang Syaf. Mie memandangnya dengan pelik. Namun perlahan-lahan melonggarkan pelukan pada gadis itu apabila Chad seperti berkeras saja untuk menarik tubuh gadis itu. Dia pun tidak mahu bergaduh di tengah-tengah orang ramai ni.
“Syaf.” Panggil Chad sedikit cemas dengan menepuk-nepuk pipi gadis itu. Peluh yang memercik di sekitar dahi gadis itu diseka dengan jari. Namun gadis itu langsung tidak memberi reaksi. Dia sudah berdebar sakan. Ah sudah, macam mana ni?
“Aku bawak balik dia dulu.” Firash membuat keputusan. Itu saja yang boleh difikirkan saat ini. Panik juga apabila gadis itu kaku tak bergerak.
“Tapi..” Mie cuba mencelah. Chad memandangnya dengan pandangan tidak berpuas hati. Mie mula telan liur. Namun dapat dilihat perasaan bimbang yang terpamer di wajah Chad.
“Dia kan sedara aku. Kan mama dia tanya susah pulak aku nak jawab.” Balas Chad lalu menyeluk poket seluarnya. Ditarik kunci kereta dan dihulurkan ke arah Mie.
“Kau ambil kereta aku bawak sini.” Arah Chad lagi apabila Mie hanya memandang kunci keretanya tanpa menyambutnya.
“Oh..Okay.” Laju saja Mie melangkah apabila kunci telah berada di dalam genggamannya. Di kala itu sempat dia mengerling ke arah Chad yang sedang memeluk tubuh Syaf. Perasaan sedikit cemburu serta tidak berpuas hati bersatu di dalam hatinya. Dia merengus kecil dan melangkah menuju ke tempat parking.
Chad menggosok sedikit belakang Syaf yang masih belum sedarkan diri itu. Kepala Syaf yang terlentok elok dibahunya diusap lembut. Dia menghela nafas panjang. Mesti mamanya akan bimbang kalau dapat tahu hal ini nanti.
***
SYAF MEMEGANG kepalanya yang terasa sedikit pening. Dia cuba memandang sekeliling. Kelibat Firash yang masih kabur-kabur itu menarik perhatiannya. Dia mencelikkan seluas-luas mata dan cuba mengingati apa yang sedang berlaku. Eh, bukannya aku tengah melintas jalan ke tadi? Tapi macam mana aku boleh dengan dia pulak ni?
Dia membetulkan kedudukannya di tempat duduk kereta. Firash yang perasan gadis itu sudah tersedar, cepat-cepat berkalih pandang. Wajah yang sedikit pucat itu direnung seketika.
“Kau pengsan tadi.” Tuturnya apabila melihat reaksi gadis itu masih lagi bingung. Syaf menghela nafas. Aku pengsan? Dia cuba lagi mengingatkan apa yang telah berlaku tadi. Rasanya tadi aku macam ada kat tepi jalan, lepas tu Mie datang. Kemudian Mie sempat memangilnya semasa dia sedang melintas jalan. Memang dia betul-betul terkejut tadi kerana ada kereta yang tiba-tiba meluncur laju ke arahnya. Dia seperti masih ingat lagi ketika Mie menjerit memanggilnya sebelum pandangannya bergelap.
“Kau nak bawak aku pergi mana ni?” Soal Syaf pelik. Dia memandang ke arah Firash sekilas sebelum memandang jam di dashboard kereta. Hampir sudah menunjukkan pukul 4 petang.
Firash mengeluh kasar apabila mendengar pertanyaan gadis itu. “Aku nak bawak kau balik rumah lah. Nak ke mana lagi ni?” Balasnya mendatar. Dia tak tahu ke yang aku tengah risau? Boleh pulak dia tanya macam tu lagi!
“Tapi Fara macam mana?” Soal Syaf apabila teringat akan kawannya itu.
“Tak payah fikir hal orang. Fikir hal sendiri sudah.” Balas Firash acuh tak acuh. Dia menjeling tajam ke arah gadis itu. Tengoklah duk sibuk nak fikir hal orang lain pulak! Hal sendiri langsung tak nak ambil kisah!
Syaf mencebik. Takkan aku nak tanya pasal kawan aku pun tak boleh? Tapi macam mana Fara nak balik kalau aku dah ada dengan mamat ni sekarang?
“Tapi..”
“Mie hantar dia nanti. Kau tak payah risaulah.”
Syaf mengangguk dan terfikir sesuatu. Dia memandang kembali memandang Firash apabila jalan yang dilalui ini tidak menghala ke rumahnya.
“Eh kau nak bawak aku balik rumah mama ke? Baju aku tak ambil lagi.” Firash mengeluh perlahan. Silap juga tidak bertanyakan gadis itu dulu. Eh nak tanya macam mana, dia kan pengsan tadi.
“Yelah, balik rumah kau kejap ambil baju lepas tu baru balik rumah mama.” Cadangnya lagi sebelum membuat pusingan U di situ. Syaf hanya terdiam dan mengangguk perlahan.
***
“AWALNYA balik?” Soal Puan Farizah apabila menyambut kepulangan Syaf dengan Firash di muka pintu. Syaf mengukir senyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Diikuti oleh Firash. Puan Farizah menjenguk ke halaman namun matanya tidak dapat menangkap kelibat kereta Syaf.
“Ada orang pengsan tadi sebab tu lah balik awal.” Balas Firash lalu menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke rumah. Dahi Puan Farizah berkerut.
“Siapa yang pengsan ni?” Soal sedikit cemas. Dia memandang ke arah wajah Syaf yang sedikit pucat itu. Lengan Syaf ditarik agar gadis itu rapat kepadanya.
“Syaf pengsan ke tadi?” Soal Puan Farizah lagi.
“Err..Kejap je ma. Terkejut kut.” Balas Syaf lalu menarik tangan Puan Farizah dan berlalu ke sofa di ruang tamu.
“Kenapa pulak terkejut sampai boleh pengsan ni? Dah tu kereta mana? Mama tak nampak pun.” Soal Puan Farizah bertalu-talu lalu melabuhkan punggung di sofa. Syaf pula mengambil tempat duduk di sebelah Puan Farizah.
“Tadi masa Syaf nak melintas jalan, tiba-tiba aje ada kereta macam nak langgar tapi tak sempatlah sebab Mie dah menjerit dulu.” Jawab Syaf jujur. Firash menjeling sekilas apabila nama Mie meniti di bibir gadis itu.
“Mie?” Puan Farizah berkerut dahi.
“Mie. Kawan Firash.”
“Oh Mie. Hmm, macam mana pulak Mie boleh ada dengan Syaf?”
“Kita orang pergi shopping baju raya tadi, tak sangka jumpa kat situ.” Balas Firash tanpa nada. Puan Farizah mengukir senyum. Sama-sama keluar pergi shopping? Nampaknya sudah ada perkembangan yang baik ni, fikirnya.
“Hmm..Kalau macam tu esok bolehlah kita balik kampung. Syaf pergi lah rehat dulu. Mama bimbang jugak ni kalau jadi apa-apa tadi.” Arah Puan Farizah lagi. Syaf hanya mengangguk dan tersenyum.
“Yelah ma.” Syaf bangun dan mula menuju ke tangga.
“Nanti tengok-tengokkan si Syaf tu. Mama nak pergi dapur ni masak untuk berbuka.” Arah Puan Farizah pada Firash.
“Yelah.” Balas Firash sebelum mencapai remote Astro. Skrin tv yang bergelap itu mulai cerah.
***
FIRASH MENATANG dulang yang berisi nasi dan serta secawan hot choclate menuju ke bilik Syaf. Dah tak sanggup lagi nak mendengar Puan Farizah membebel padanya kerana tidak mengambil tahu perihal Syaf. Dia bukannya tidak mengambil tahu tetapi dia hampir saja tertidur selepas solat Maghrib tadi.
Kata mamanya tadi, gadis itu langsung tidak turun untuk berbukadan memberi alasan kepalanya masih pening Mungkin disebabkan terlalu berfikir akan perkara petang tadi agaknya sebelum menghampiri pintu bilik Syaf.
Pintu bilik yang tertutup rapat ditolak perlahan. Suasana bilik yang agak suram itu dipandang sekilas. Takkan dah tidur kut? Baru pukul 8 malam ni. Dia menuju ke arah meja kecil dan meletakkan dulang berisi nasi ke situ. Tubuh gadis itu yang masih berselimut itu dipandang sekilas. Dia mengeluh perlahan dan pergi memetik suis lampu agar bilik itu sedikit bercahaya.
Serentak itu terdengar bunyi keriukan di katil. Firash mendekati gadis itu yang baru saja terjaga. Ni dah solat ke belum ni? Fikirnya seraya merenung wajah Syaf yang masih ada lagi sedikit riak pucat.
Syaf menggosok matanya apabila cahaya lampu itu silau memanah matanya. Siapa pulak yang pandai-pandai bukak lampu ni? Dia cuba meneliti sekujur tubuh yang tegak berdiri memandangnya. Firash?! Sedikit kelam kabut dia membetulkan baju tidurnya yang separa betis itu. Manalah tahu kalau-kalau ada yang tersingkap ke atas. Tak pasal-pasal pulak ada yang dapat tengok free show nanti!
Firash hanya melihat gelagat Syaf yang agak kelam kabut itu. Bibirnya mengukir senyum tipis. Huh! Takut sangat kalau aku tengok tubuh dia tu. Macamlah aku tak pernah tengok pun selama ni!
“Tu aku bawakan kau nasi. Mama cakap kau tak makan tadi. Minum air je kan masa buka?” Firash menuturkan sambil tangannya menuding jari ke arah dulang yang terletak di meja sisi berhampiran katil. Syaf mengerling sekilas.
“Oh..Erm, thanks.” Syaf sedikit tergagap. Hatinya dah mula rasa lain macam dengan kelakuan Firash itu. Dia ni betul-betul ambil berat kat aku ataupun sebab nak balas kebaikan aku masa jaga dia hari tu?
“Apasal tak makan lagi ni?” Soal Firash apabila gadis itu langsung tidak bergerak. Hee dia ni! Kalau jadi apa-apa nanti, aku pulak yang disalahkan dengan mama sebab tak jaga dia! Sudahlah esok pagi dah nak bertolak pulang ke kampung.
“Err..Nak makan lah ni.” Cepat-cepat Syaf turun dari katil dan segera ke bilik air untuk membersihkan mukanya. Tadi pun sempat dia tertidur sekejap selepas solat Maghrib. Tak sangka lah pulak yang Firash akan datang ke biliknya untuk menghantar makanan. Dia baru saja hendak turun ke dapur tadi.
Firash hanya menghantar dengan pandangan sahaja langkah Syaf ke bilik air. Matanya menerawang sekeliling. Meja studi yang agak penuh dengan buku-buku serta fail itu menarik minatnya. Dia mendekati sambil matanya tertinjau-tinjau kelibat Syaf yang bila-bila masa saja akan keluar dari bilik air.
Sebuah buku kecil yang terselit di antara buku-buku tebal itu mengundang perhatiannya. Tangannya laju menarik buku itu sehingga terkeluar dari tempatnya yang tersorok. Bibirnya menguntum senyum kecil apabila gambar seekor binatang rimba itu menjadi lambang buku itu.
Eh takkan lah takde ada langsung duit kut? Berkerut dahi Firash melihat jumlah wang yang ada di dalam buku itu. Biar betul dia ni? Gaji dia tu sikit sangat ke? Fikir Firash lagi sambil membelek depan belakang buku itu. Tapi masih lagi sama.
Bunyi pintu bilik air terbuka itu sedikit mengejutkannya. Cepat-cepat dia menyorokkan buku kecil itu ke dalam poket seluarnya. Syaf yang keluar dengan wajah yang masih basah itu memandang pelik ke arah Firash yang tiba-tiba saja duduk di kerusi di meja studinya itu. Firash berdeham kecil.
“Aku keluar dulu. Kau jangan tak makan pulak nanti. Nanti mama salahkan aku pulak kalau kau pengsan lagi. Ingat tubuh kau tu ringan ke nak asyik kena angkat aje.” Tutur Firash selamba lalu bingkas bangun dari kerusi kecil itu dan menuju ke pintu bilik Syaf. Syaf yang masih tercengang di situ hanya memandang kelibat Firash yang sudah keluar dari pintu biliknya.
Dia mengetap bibir. Aku ni berat sangat ke? Dia memerhatikan tubuhnya atas bawah. Apakah aku perlu diet semata-mata kerana dia? Hessy! Tak naklah aku! Nanti suka-suka hati dia aje boleh angkat aku!
Kerana terlalu geram dengan kata-kata Firash, bantal kecil yang berada di katil menjadi mangsa balingannya. Laju dan tepat menuju ke pintu namun nasib baik tidak mengenai belakang atau kepala Firash.
Firash yang baru saja keluar dari pintu bilik Syaf itu sedikit terkejut apabila sebiji bantal kecil mendarat berhampiran dengan kaki kanannya. Dia mengutip bantal itu dan kembali memusingkan tubuhnya menghadap bilik Syaf. Tidak jadi untuk masuk ke biliknya yang bertentangan dengan bilik gadis itu. Hmm, main serang hendap nampak? Okay tak apa, kita tengok siapa yang akan kena serang kejap lagi. Bibirnya sudah menguntum senyum tipis.
Syaf yang perasan Firash kembali masuk ke biliknya dengan bantal di tangan itu sedikit tersentak. Alamak! Dia menelan liur apabila melihat senyuman nakal di bibir Firash. Erk! Kenapa aku rasa macam tak selamat aje ni? Matanya melilau sekeliling untuk mencari tempat perlindungan. Di kala itu, mulutnya terkumat-kamit menyumpah tangannya yang gatal membaling bantal itu walaupun jantungnya dah mula berdegup sakan.
“Kau baling bantal ni sebab tak puas hati dengan aku ke?” Soal Firash dingin. Matanya mencerun pandang melihat gadis itu yang sudah resah gelisah. Heh! Tadi bukan main berani lagi baling bantal kat aku. Sekarang dah kecut perut ke? Dia menyimpan tawanya di dalam hati.
Syaf mula terasa seram sejuk walaupun suasana bilik itu agak panas kerana dia tidak menghidupkan penghawa dingin. Langkah Firash yang semakin mendekat membuatkan jantungnya makin rancak berdegup. Rasa macam nak menghilangkan diri saja, fikirnya lagi.
“Err..Tak.. Mana ada..”
“Habis tu ni apa?” Soal Firash dengan memegang hujung bantal itu.
“Eh..Entahlah..Siapa punya lah.” Jawab Syaf teragak-agak. Bantai aje lah!
“Oh ye ke bukan kau punya? Tapi kenapa aku tengok kat sarung bantal ni ada nama kau.” Balas Firash tersenyum tipis. Dia menunjukkan corak sulaman yang tertera nama gadis itu di situ. Huh! Nak tipu aku bulat-bulat ye? Ingat aku ni budak kecik ke apa?
“Err…” Syaf kehilangan kata-kata. Tangannya laju mengetuk kepalanya. Aduhai, sengaja bikin masalah pulak ni!
“So kau nak mengaku ke tak yang bantal ni kau punya?” Soal Firash dengan menjongketkan sedikit keningnya. Dia menghampiri rapat ke tubuh gadis itu sehingga jarak mereka berdua hanya berbeza beberapa inci saja. Syaf cuba mengundurkan langkah namun langkahnya terhalang apabila kakinya terkena katil lalu jatuh terduduk di situ. Firash sudah mengukir senyum lebar.
“Aku bagi tiga saat untuk mengaku. Kalau tak, aku target kau mesti tak boleh tidur sebab kena layan aku malam ni.” Tutur Firash seakan mengugut. Syaf menelan liur berkali-kali. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Memang tak ada langsung peluang untuk melarikan diri.
“Satu…” Syaf bergerak sedikit ke kiri namun Firash juga bergerak ke kiri.
“Dua..” Syaf cuba bergerak ke kanan namun Firash juga bergerak ke kanan.
“Ti..” Syaf cepat-cepat mengengsot ke atas katil. Tidak sempat untuk melarikan diri, kedua-dua kakinya sudah dipegang kemas oleh Firash. Wajah Syaf pucat tak berdarah.
“A-aku mengaku.” Balasnya dengan nafas turun naik. Firash mengukir senyum lebar.
“Too late dear.” Balas Firash lalu menaiki katil tersebut. Syaf yang sedikit meronta-ronta akibat kakinya dipegang itu membuatkan baju tidurnya yang separa betis itu tersingkap ke paras peha. Dia membulatkan mata kerana perkara yang tidak disangka-sangka itu.
Firash yang menyedari baju tidur Syaf yang tersingkap ke paras peha itu menelan liur berkali-kali. Jiwa lelakinya bergetar hebat. Syaf yang perasan akan pandangan Firash yang tepat ke pehanya itu cuba menarik kakinya namun langsung tidak bergerak. Makin kejap pula tangan lelaki itu memegang kedua-dua belah kakinya.
“Err..A-aku mintak maaf Firash. Tak sengaja pun nak baling bantal tu tadi.” Suara Syaf sudah menggigil. Antara ketakutan dan bercampur cemas. Firash menggeleng kepala sambil ketawa kecil. Suka benar melihat reaksi gadis itu sudah gelabah sakan.
“Ucapan maafmu dah terlambat sayang. So malam ni kita enjoy aje lah ye.” Firash menyambung kata-katanya. Seketika Syaf terkedu. Langsung tak beriak apa-apa. Kepalanya terasa kosong. Rontaannya terhenti dengan sendiri. Hanya deru nafasnya sahaja yang berombak kencang.
“E-enjoy?”
“Yup. Enjoy. Awal lagi ni, sempat je kalau nak.” Balas Firash lagi dengan sengihan yang tidak lekang di bibir. Serentak itu Firash mengalihkan tubuhnya secara pantas untuk menindih tubuh gadis itu. Syaf yang masih terkedu dengan jawapan Firash tadi seakan hampir pitam. Dia betul-betul terperangkap!
Mendengarkan perkataan yang terbit dari bibir Firash itu membuatkan dirinya terasa melayang. Eh! Tak nak aku! Dia cuba untuk bangun dan tangannya cuba menolak dada Firash berkali-kali yang sudah hampir dengan tubuhnya. Kala itu lah, tidak semena-mena wajah Firash terjatuh elok tepat di wajahnya. Matanya hampir terbuntang luas apabila terasa sesuatu yang hangat menyentuh bibirnya.
Suasana hening seketika. Hanya bunyi detik jam saja yang kedengaran. Syaf sudah mula kaku tak beriak. Matanya dipejamkan. Betul-betul tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Firash ketika itu. Firash tersenyum dalam hati dan menguatkan pelukannya ke tubuh milik gadis itu. Fikirannya mula membayangkan sesuatu yang indah.
“Astaghfrullahalazim!! Firash!” Suara seseorang yang melantun masuk dari muka pintu itu mengejutkan kedua-duanya. Secepat kilat Firash mengalihkan tubuhnya dari tubuh Syaf yang masih kaku itu. Dia berpaling ke arah Puan Farizah yang tegak berdiri di muka pintu.
“Mama.” Ujar Firash perlahan lalu bingkas berdiri. Wajahnya cuba diselambakan seperti tiada apa-apa yang telah berlaku.
“Yang kamu pergi kacau Syaf tu kenapa? Kan dia tengah pening tu.” Bebel Puan Farizah seraya mencubit lengan anak terunanya itu. Firash berkerut dahi menahan sakit. Mama ni kacau betul lah! Aku baru aje nak feeling tadi. Gerutu hatinya seraya menjeling sekilas ke arah Syaf yang masih berada di katil. Gadis itu sedang membetulkan baju tidurnya yang telah tersingkap.
“Ala ma. Kacau sikit je. Mana luak pun.” Balas Firash sambil ketawa kecil. Puan Farizah menjengilkan matanya dan berlalu ke arah katil Syaf.
“Dah turun kejap. Mie dengan Fiqri ada datang tu. Katanya nak hantar kereta Syaf.” Tutur Puan Farizah. Firash berkerut dahi dan mula teringatkan sesuatu. Lupa akan kereta gadis itu yang dipinjam oleh mereka berdua tadi. Sebelum keluar dari pintu, dia sempat melayangkan ‘thumbs up’ pada Syaf. Tanda kemenangan berpihak pada dirinya.
Syaf pula mengetap bibir. Geram dengan apa yang telah berlaku tadi. Sumpah! Lepas ni aku dah tak nak main-main lagi dengan mamat ni. Ngeri betul! Rungutnya dalam hati seraya jari memegang bibirnya yang melekap lembut dengan bibir lelaki itu tadi. Hesyy!
***
“DAH ANGKUT semua dah?” Soal Puan Farizah yang berdiri di sisi kereta Toyota Camry itu. Firash pula sedang berada di dalam rumah untuk memastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Manakala Syaf pula sedang menyusun beg di dalam bonet kereta.
“Dah ma. Rasanya tak ada kut yang tertinggal. Tapi Syaf tak tahulah yang Firash macam mana.” Balas Syaf sambil menjengukkan kepala dari bonet kereta. Dilihatnya Puan Farizah sekilas sebelum menutup bonet kereta.
“Tak apalah, nanti mama tanya dia.” Puan Farizah mendapatkan Firash yang sedang menyarungkan sneakers putih merah jenama Adidas itu ke kakinya.
“Dah ambil semua dah beg? Tingkap-tingkap semua dah tutup?” Soal Puan Farizah meliarkan mata ke sekeliling. Bimbang juga untuk meninggalkan rumah lama-lama. Ini pun dia dah upah orang untuk menjenguk rumah itu tiap-tiap hari sepeninggalan mereka bertiga ke kampung.
“Dah ma. Semua Firash dah kunci. Beg pun awal-awal lagi dah letak.” Puan Farizah mengangguk.
“Kalau macam tu tak apalah. Cepat sikit boleh kita gerak nanti lewat pula sampai kat kampung.” Puan Farizah berlalu ke kereta. Dilihatnya Syaf sedang menunggu di sisi kereta.
“Syaf duduk depanlah jadi co-pilot Firash. Mama nak jadi ma’am besar je kat belakang.” Tutur Puan Farizah sambil tergelak kecil seraya membuka pintu belakang. Syaf tersenyum dan sedikit mengeluh perlahan. Dia masih lagi agak segan untuk duduk berhampiran dengan Firash setelah apa yang terjadi semalam. Memang betul-betul malu. Rasa macam tebal berinci-inci saja apabila Puan Farizah turut sama menyaksikan kejadian itu.
Telefon yang tiba-tiba bergetar tanda ada mesej masuk tu menghentikan pergerakannya untuk membuka pintu kereta. Dia tersenyum kecil apabila membaca mesej dari Fara.
“Puan Syafa Aqira, tak nak masuk kereta ke? Kita dah nak gerak ni. Karang lambat pulak sampai.” Sindir Firash apabila gadis itu tidak bergerak-gerak lagi dari tadi. Sempat pulak tu tersenyum-senyum bila baca mesej, gerutunya dalam hati. Merah padam wajah gadis itu bila disindir. Dia mengetap bibir. Kena lagi! Hesy! Laju saja tangannya membuka pintu kereta.
***
SYAF MEMEGANG kepalanya yang terasa sedikit berpusing. Dia mengerling ke arah Firash yang sedang fokus memandu di sebelah. Kenderaan bertali arah menandakan kesesakan lalu lintas yang sedang berlaku. Peningnya! Dia memicit lagi kepalanya dengan jari. Kenapa dengan aku pulak ni? Rasanya lepas terkejut dengan perbuatan Firash padanya semalam langsung peningnya hilang. Takkan hari ni dah datang balik kut?
Dia cuba bersandar dan memejamkan mata namun pening itu masih lagi terasa. Jarinya semakin kuat memecit kepala. Ah tak boleh jadi ni! Dia cuba menyelongkar beg sandang yang diribanya untuk mencari minyak angin. Namun hampa apabila botol minyak angin itu langsung tidak dijumpai.
Seketika kemudian perutnya pula mula terasa sebu. Ah sudah! Jangan kata nak muntah pulak sekejap lagi. Aku bukannya mabuk kenderaan pun, gerutu hatinya sambil mengusap sedikit perutnya. Dia cuba bertenang dan menarik nafas dalam-dalam.
Firash yang masih lagi khusyuk memandu itu menoleh ke sebelah apabila perasan kelakuan gadis itu yang sedikit pelik. Sekejap picit kepala dan sekejap pula pegang perut. Kenapa pulak ni?
“Syaf okay ke?” Tegur Puan Farizah tiba-tiba. Dari cermin sisi, dia nampak gelagat gadis itu yang sedikit pelik itu. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu saja.
“Err..Ha. Okay je.” Balas Syaf sedikit teragak-agak. Dia perasan Firash menoleh ke arahnya seketika. Secepat itu wajahnya dipalingkan ke kiri. Tak sanggup nak bertentang mata dengan lelaki itu. Terasa wajahnya berbahang tiap kali pandangan matanya bertemu dengan lelaki itu.
“Ye ke okay ni? Mama tengok muka tu macam pucat aje.” Sambung Puan Farizah lagi. Syaf memegang mukanya dengan tangan. Pucat sangat ke muka aku ni sampai mama yang duduk kat belakang pun boleh nampak?
“Entah. Kau okay tak ni?” Firash pula menegurnya. Syaf terdiam seketika. Cuba melawan gelojak perut yang mula bergelora. Akhirnya dia mengalah. Perutnya itu langsung tidak mahu memberikan kerjasama.
“Berhenti kat depan tu kejap. Rasa nak muntah ni.” Arah Syaf sedikit kuat pada Firash yang sedang memandu. Firash lantas berpaling. Matanya sedikit dibulatkan. Muntah? Matanya cepat saja mencari tempat yang agak sesuai untuk memberhentikan kereta. Sebaik saja ternampak satu tempat yang agak lapang, laju saja kereta itu diberi signal. Nasib mereka agak baik kerana hanya melalui jalan biasa sahaja. Jikalau melalui lebuhraya, sudah tentu agak sukar untuk mencari tempat berhenti yang sesuai jika berlaku kecemasan begini.
Syaf membuka pintu kereta dengan tergopoh-gapah. Hampir sahaja dia terjatuh di situ kerana kain baju kurungnya yang tersekat di pintu kereta. Semua makanan yang dimakannya sebelum bertolak tadi dimuntahkan ke atas rumput. Dia menarik nafas panjang sambil menekan perut. Aduh sakitnya! Kenapa ni?
“Pergilah tengok Syaf tu.” Arah Puan Farizah apabila Firash masih lagi diam di dalam kereta. Dia mengeluh seketika dan menoleh ke arah mamanya itu.
“Yelah. Mama tolong ambil mineral water kat poket belakang seat ni kejap.” Balasnya. Apabila tangannya sudah menggenggam botol mineral water itu, dia cepat-cepat turun dari kereta.
“Kau okay tak ni?” Tegurnya pada Syaf yang masih menunduk itu. Gadis itu menolehnya sekilas sebelum mengangguk perlahan. Dari jarak yang agak dekat, Firash boleh nampak yang wajah Syaf sedikit memerah. Tadi nampak macam pucat je. Macam teruk aje ni, fikirnya dalam hati sebelum menghulurkan mineral water itu. Gadis itu cepat-cepat mengambil dan membersihkan mulutnya. Sesekali gadis itu menekan perutnya dengan tangan.
Firash menebarkan tangannya ke belakang gadis itu apabila sekali lagi Syaf membongkokkan tubuh. Tiada lagi makanan yang dimuntahkan hanya air saja yang keluar. Hampir saja dia mengalirkan air mata apabila terasa tidak tahan menanggung kesakitan di perut. Seraya itu tangan Firash menggosok lembut belakang tubuh Syaf. Syaf hanya berdiam tanpa langsung mahu menepis. Terasa tidak berdaya untuk bercakap apa-apa ketika ini. Cuma hatinya berdoa supaya tidak akan pitam sahaja ketika ini.
“Nak muntah lagi ke?” Soal Firash prihatin setelah agak lama gadis itu mendiamkan diri. Dia mengesap peluh yang merenik di dahi. Suasana agak panas ketika itu kerana waktu sudah hampir menginjak ke pukul 12 tengah hari.
“Dah stop kut.” Syaf menjawab perlahan. Firash yang seperti tidak percaya dengan kata-kata gadis itu cuba merenung wajah gadis itu yang sedari tadi menunduk.
“Kita masuk kereta dulu lah. Panas kat luar ni. Makin pening pulak nanti.” Cadangnya pada Syaf yang hanya membisu. Dia cuba menarik tangan gadis itu dan digenggamnya erat. Sejuknya! Lalu menarik perlahan-lahan gadis itu menuju ke kereta. Syaf hanya menurut tanpa kata. Malas untuk bertengkar kala tubuhnya di dalam sakit begini.
Puan Farizah yang menunggu dari tadi segera keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku. Wajah pucat milik Syaf itu direnung dengan perasaan bimbang.
“Makin pucat mama tengok. Dahlah, cepat masuk kereta. Panas ni.” Ujarnya sebelum menolak perlahan tubuh Syaf ke tempat duduk belakang. Firash memandang Puan Farizah pelik.
“Biar mama je yang drive. Kamu tu tolong tengokkan Syaf.” Arah Puan Farizah lalu menghala ke pintu pemandu.
“Tapi…”
“Pergi je lah. Bukannya mama tak pernah drive sebelum ni pun.” Potong Puan Farizah. Firash hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Dia memboloskan diri ke ruang belakang untuk menemani gadis itu yang sedang bersandar lemah.
Kereta Toyota Camry itu kembali meluncur ke jalan raya. Firash memerhati Syaf di sebelahnya dengan renungan penuh kasihan. Betul-betul pening ni sampai muntah-muntah lagi. Semalam tak ada pun sampai macam ni, getus hatinya sebelum tangannya cuba menyeluk poket di belakang seat kereta. Rasanya ada kut minyak angin yang Puan Farizah biasa disimpan di situ.
“Syaf dah okay belum tu? Kalau tak okay jugak, kita pergi klinik lah dulu.” Cadang Puan Farizah dengan melirik pandang ke rear window.
“Err..Tak payahlah ma. Masuk angin aje ni.” Balas Syaf dengan mata
terpejam. Tidak mahu menyusahkan Puan Farizah. Firash mendengus kecil dengan botol minyak angin di tangan. Degil betul! Langsung tak nak dengar cakap orang! Rungutnya dalam hati.
Dia merapatkan tubuhnya sehingga bahunya menyentuh bahu gadis itu. Serta-merta Syaf membuka matanya. Eh? Rapatnya dia duduk! Getus hati kecil Syaf dan cuba untuk menjarakkan diri. Firash yang perasan gadis itu cuba untuk menjauhinya cepat-cepat melingkarkan tangannya ke bahu Syaf dan menarik rapat tubuh Syaf ke arahnya. Syaf terkedu dengan tindakan Firash itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana Puan Farizah sedang mengerling ke belakang.
“Baring atas riba aku.” Arah Firash perlahan. Syaf membulatkan matanya kerana terkejut. Baring atas riba dia? Gila apa?
“Baringlah cepat. Nak letak minyak angin ni. Tadi kau jugak cakap tak nak pergi klinik.” Ulang Firash dengan nada sedikit tegas. Syaf telan liur. Takut pula melihat wajah Firash yang seakan tegang. Dengan perlahan-lahan dia membaringkan kepalanya di atas riba Firash. Matanya dipejamkan. Membahang wajahnya menahan malu.
“Ha, jangan letak kat kepala je. Nanti letak kat perut tu sekali. ” Arah Puan Farizah dari depan. Syaf terasa ingin pitam. Letak kat perut bermakna Firash akan melihat perutnya. Hee! Tak nak aku. Baring macam ni pun dah rasa malu gila!
“Okay ma. Nanti Firash letak sekali.” Balas Firash lagi. Dia cuba untuk menyelak baju kurung milik gadis itu ke atas namun tangan Syaf cepat menghalangnya. Cepat-cepat dia cuba untuk menegakkan tubuhnya.
“Eh jangan buat hal ya. Aku cium karang kat sini.” Ugut Firash perlahan namun masih didengari oleh telinganya. Dengan selamba Firash menarik hujung baju kurung milik gadis itu sehingga paras dada. Syaf mengetap bibir menahan geram beserta malu yang teramat. Dia menutup wajahnya dengan tudung yang dipakainya apabila jari lelaki itu menyentuh kulit perutnya. Sekali sekala urutan dari lelaki itu terasa sehingga ke paras dadanya. Ambil kesempatan betul! Getusnya dalam hati.
“Esok pergi lah klinik. Mama bimbang jugak ni. Dari semalam kan pening. Hari ni dah muntah-muntah pulak. Takut esok makin teruk je, kang tak boleh nak raya pulak nanti.” Tutur Puan Farizah apabila suasana hening seketika. Hanya kedengaran lagu dari radio yang berkumandang.
“Tak apalah ma. Nanti esok Firash bawak lah dia ni pergi.”
“Baguslah tu. Mama pun bimbang jugak. Manalah tahu kut-kut ada penyakit lain pulak yang datang.” Sambung Puan Farizah lagi. Firash sudah mula terasa sedikit pelik dengan kata-kata dari mamanya itu. Segera dia memandang ke arah wajah gadis itu yang menutup mukanya dengan tudung.
“Apa maksud mama tu?” Soal Firash laju. Puan Farizah mengukir senyum lebar. Dia berdeham kecil.
“Mana lah tahu kalau-kalau kut-kut ni petanda keluarga kita nak tambah ahli baru.” Balas Puan Farizah dengan ketawa kecil. Erk! Syaf yang sedang terdiam itu hampir saja terbatuk. Tangan Firash yang sedang mengurut lembut perut gadis itu terhenti. Dia cuba untuk mencernakan apa yang diperkatakan oleh mamanya.
“Jangan lupa bagitahu mama kalau betul-betul ada. Mama doakan yang baik-baik saja untuk kamu berdua.” Sambung Puan Farizah lagi sebelum membelok ke kiri untuk mengubah laluan keretanya. Menuju simpang masuk ke area perkampungan. Namun bibirnya tidak lepas-lepas mengukir senyum.
“Oh..Hmm..” Firash sedikit senyum. Sudah mula memahami akan kata-kata mamanya itu. Serentak itu dia menundukkan sedikit wajahnya ke arah Syaf yang berada di ribanya.
“Aku tahu kau tengah dengar. Rasanya tak salah kan kalau kau ikut aje cakap mama tu. So get ready to be a mother, dear.” Firash mula mencapai tangan gadis itu dan mengucupnya lembut. Saja berbuat begitu. Dia tersengih nakal dan hampir saja meluahkan tawanya. Sementara Syaf di riba Firash sudah menelan liur. Kelat bercampur pahit. Hee! Biar betul ni!
p/s : thanks sudi baca n komen..hope anda semua berpuas hati..n enjoy :D DD




No comments:

Post a Comment