Wednesday 12 June 2013

SSID bab 2




Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 2


Pertukaran tajuk dari Actually, I’m His wife! ke Sebenarnya, Saya isteri dia!
Bab 2 :
“Baru balik? Buka tengah jalan aje lah tadi?” Soal Fara sebaik saja Syaf melangkah masuk ke rumah sewa mereka. Fara yang sedang berada di meja makan itu memerhatikan saja pergerakan Syaf ke sofa. Nampak macam letih saja.
“Ha’ah. Buka tengah jalan je. Tak sempat, jalan jammed.” Syaf menjawab lalu meletak bagpack yang berisi laptopnya ke atas sofa. Penatnya hari ni!
“Keluar lewat ke tadi?” Soal Fara lagi. Namun Syaf hanya mendiamkan diri sambil memejamkan mata. Takkan nak cerita kut yang dia terpaksa jadi posmen hantar lauk ke rumah Firash tadi. Kalau diceritakan kisah tu, alamak memang akan panjang pulak sesi soal jawab Fara nanti. Dan dia pula tak bersedia lagi untuk menceritakan segala-galanya pada Fara.
Suasana sepi seketika dalam beberapa minit. Syaf yang memejamkan mata itu mulai terasa mengantuk. Eh, maghrib tak solat lagi ni, takkan nak tidur pulak?
“Makanlah dulu. Aku ada banyak beli kuih ni, laksa penang kegemaran kau pun ada.” Pelawa Fara lagi. Mungkin cuba memancing minat Syaf untuk berbual. Syaf pula merasakan badannya tersangat-sangat penat sehingga tidak mampu untuk bersuara. Tetapi akhirnya dia tetap mencelikkan mata dan tersenyum.
“Aku naik solat dulu lah. Dah makan sikit tadi kuih dalam kereta.” Syaf bingkas berdiri dan sedikit menggeliat. Kalau dapat tidur, memang best tapi kena solat dulu lah!
“Eh, jomlah jemaah sekali. Aku pun dah siap ni.” Ajak Fara.
“Okey.” Syaf terus setuju dan melangkah masuk ke biliknya.
“Nanti pergi terawih tak?”Laung Fara dari ruang tamu.
“Pergilah.” Balas Syaf sedikit kuat dari biliknya.
***
“Tak ramai pun kat surau tadi.” Tutur Fara semasa dia dan Syaf berjalan kaki pulang ke rumah selepas menunaikan solat terawih di surau berdekatan. Jaraknya dalam setengah kilometer jugaklah tapi Fara cakap lebih seronok kalau berjalan kaki. Manakala Syaf yang mendengar hanya bersetuju tanpa banyak soal.
“Ha’ah. Tengah bulan ni biasalah.” Jawab Syaf sambil membetulkan sedikit telekung yang dipakai. Kain sarungnya sudah terlipat kemas di tangan.
“Akhir-akhir bulan nanti baru ramai kut. Nak cari pahala lebih.”
Sambung Fara lagi. Syaf hanya mengangguk. Memang dah jadi kebiasaan kat sini. Awal-awal bulan memang penuhlah jemaah kat surau tu tapi bila tengah bulan tinggal dua tiga saf saja. Dan masa akhir bulan nanti akan penuh balik. Cuba mencari pahala pada malam Lailatul Qadar.
“Eh, aku tak beli lagilah baju raya. Tak sampai dua minggu lagi kut nak raya.” Bagitahu Fara.
“Hurm…Aku lagilah tak terfikir langsung. Sudahlah sibuk aje memanjang, tak sempat langsung nak fikir.”
“Tu lah pasal. Hujung minggu ni okey tak kalau kita pergi survey-survey dulu? Aku pun ingat nak beli kuih sikit nak buat balik kampung.”
“Okey jugak tu. Dah lama ni kita tak pergi jalan-jalan.”
“Ha, cantiklah tu.” Balas Fara.
“Tahun ni kau balik raya kat mana?” Tanya Syaf dengan suara sedikit kuat. Sedikit terganggu dengan bunyi mercun oleh yang dimainkan oleh budak-budak remaja di sekitar taman perumahan tu. Bingit saja bunyinya.
“Tak tahu lagi lah. Tapi aku rasa Perak kut sebab tahun lepas dah balik JB.”
“Bestlah kau. Dapat raya dua tiga tempat. Mesti meriah kan.” Tutur Syaf perlahan. Sedih pula bila teringat akan dirinya yang hanya beraya di sini saja sejak sepuluh tahun yang lalu. Kalau arwah ayah dan emak ada, boleh juga nak merasa beraya kat banyak tempat.
“Syaf….masing-masing ada kelebihan sendiri lah. Walaupun kau dah tak ada emak dan ayah tapi kau still ada mama. Dia pun sayang kau jugak kan? Aku rasa kau patut bersyukur dengan semua tu.” Tutur Fara sambil memandang Syaf yang hanya memandang ke depan.
“Hurm…Betul jugak tu.” Lambat-lambat Syaf membalas.Walau macam mana sekalipun, aku tetap ada mama desis hatinya.
“Dahlah jangan sedih-sedih. Tak syok lah macam ni. Jom kejap lagi aku belanja kau char kuew teow kat restoran Taman Warisan tu.” Pujuk Fara.
“Serius?” Mata Syaf sedikit membulat. Pandai saja Fara memujuknya yang sedang dirundung kesedihan. Sudahlah restoran itu popular dengan char kuew teownya.
“Yelah, ingat aku main-main ke?”
“Okey-okey, jom cepat sikit jalan. Aku dah tak sabar nak makan ni.”
Balas Syaf lalu melangkah sedikit laju. Meninggalkan Fara yang terkulat-kulat di belakang.
“Oit Syaf, agak-agaklah.Tunggulah aku.” Laung Fara bila melihat langkah Syaf yang sudah menjauh ke depan.
***
“Nak duduk kat mana ni? Macam ramai aje orang.” Bisik Fara pada Syaf yang baru saja turun dari kereta. Mata Syaf memandang ke arah meja-meja yang dipenuhi dengan pelanggan tu, memang ramai pun orang malam ni.
“Mesti ada tempat kosong tu. Jomlah, nanti kempunan pulak aku.” Syaf menarik tangan Fara yang masih teragak-agak untuk berjalan. Tapi takkanlah nak balik pulak lepas bersusah payah datang sini. Sebenarnya tak ada lah susah payah tapi jauh jugaklah jarak restoran ni dari rumah sewa mereka. Dalam dekat setengah jam jugaklah perjalanan tu.
“Ramailah orang. Tak nampak pun tempat kosong.” Bisik Fara lagi. Matanya diliarkan ke sekeliling restoran mencari meja kosong.
“Eh, tu ada yang dah bangun tu. Jom-jom nanti orang lain duduk pulak.” Syaf memuncungkan bibir ke arah satu meja yang baru saja dikosongkan oleh sepasang pasangan. Berhampiran dengan pagar kecil yang ada di restoran ini.
“Okey, jom.”
Syaf dengan Fara melangkah sedikit laju ke arah meja kosong itu. Kena cepat bertindak sebab takut melepas pulak meja kosong tu.
“Akhirnya dapat jugak duduk. Kalau tak, kempunan aku nak makan char kuew teow.”
“Kau ni macam-macamlah Syaf, kempunan macam orang pregnant aje.” Fara dah tergelak kecil. Pregnant? Satu perkataan yang terus saja menerjah ke fikiran Syaf. Ah, lupakan saja. Bukannya ada kaitan pun!
“Order kak?” Seorang pekerja di situ tiba-tiba datang mencelah. Syaf yang sedang mengelamun tu hampir saja terkejut. Tak bagi signal langsung dah nak datang sini!
“Bagi char kuew teow udang dua, teh ais satu. Eh kau nak minum apa?” Soal Fara.
“Samalah teh ais jugak.” Balas Syaf sambil memandang ke arah pelayan yang setia menanti dengan kertas kecil di tangan. Barangkali umur budak ni baru saja dua puluh kut, muka pun nampak macam budak saja lagi, fikirnya. Dua puluh? Serta merta fikirannya teringatkan Firash? Erk, macam mana nama dia boleh terlintas pulak ni?
“Tu aje?” Tanya budak pelayan yang berbaju biru tu.
“Ha’ah. Tu je.” Balas Syafa. Budak pelayan tu terus saja ke meja sebelah. Mungkin untuk mengambil order.
“Hensem jugak eh budak tu?” Soal Fara pada Syafa.
“Budak mana?”
“Ala kau ni, budak pelayan tadilah.”
“Kau ni, pantang je nampak budak laki cepat aje cakap hensemlah, comel lah.” Bebel Syaf sementara Fara hanya tersengih.
“Betul apa. Tu cuba kau tengok meja belakang tu pulak.” Fara memuncungkan mulut ke arah meja di depan Syaf. Syaf yang membelakanginya terpaksa menggerakkan sedikit badan ke arah Fara untuk melihat.
“Mana satu?”
“Tu ha, yang tiga orang tu.”
“Yang pakai baju putih tu ke?” Syafa mengecilkan mata untuk melihat. Suasana samar-samar cahaya di situ menyukarkan sedikit pandangannya.
“Tak, yang pakai baju hitam tu. Yang tengah menunduk sedikit tu.” Analisis Fara.
“Tak berapa nampaklah. Dahlah tengah tunduk.” Syaf sedikit merungut. Memanglah budak yang berbaju hitam itu sedang menunduk sebab dia tengah makan. Manakala dua orang kawannya itu sedang rancak bersembang.
“Eh?” Syaf mengerutkan sedikit dahi apabila pandangannya tiba-tiba berlaga dengan pandangan budak lelaki berbaju hitam tu. Bukannya tu Firash ke?
***
“Mie, kau tengok kawan kita ni makan. Ayu gila. Dahlah slow semacam aje.” Fiqri sudah tergelak. Manakala Mie hanya tersengih-sengih memandang Chad yang masih terkial-kial mengopek isi udang dengan tangan. Nama saja makan dengan sudu dan garfu, ni dah guna tangan pulak. Apa cerita?
“Aku makan slow-slow sebab tak nak tercekik kulit udang. Kalau jadi macam kes hari tu, kau jugak yang susah.” Balas Chad. Kulit udang yang telah dikopek itu diletak ke tepi pinggan. Tangannya mula mencapai sudu dan garfu.
“Yelah-yelah. Nasiblah kita orang ni kawan baik kau, kalau tak dah lama kena tinggal.” Tutur Fiqri pula.
“Macamlah kau yang drive kereta tu.” Balas Chad sambil mengunyah char kuew teow.
“Eh, aku lupa pulak.” Fiqri dah menggaru-garu kepala. Silap pulak. Datang tadi pun dengan kereta Chad.
“Dahla, aku nak makan ni. Layan kau orang, lambat pulak nak balik. Dahlah assignment bertimbun kalah gunung Kinabalu.” Chad dah mula menyudu char kue teow yang masih berbaki separuh itu.
“Tau tak pe. Eh aku pergi toilet jap.” Bagitahu Fiqri seraya berdiri.
“Okey.”
Mie mengeluarkan blackberry yang baru dibelinya dari poket seluar. Nak main games dulu sementara tunggu Chad makan. Namun apabila dia memandang ke hadapan, keningnya bertaut. Tu bukannya kakak sedara Chad ke?
“Chad…”
“Hmm…”
“Kakak sedara kau tu duduk kat mana?”
“Kenapa?” Chad mengangkat pandangannya dari pinggan. Matanya laju memandang ke arah Mie. Kenapa Mie sibuk tanya pasal Syaf duduk mana pulak ni?
“Aku tanya kakak sedara kau tu duduk mana?” Soal Mie lagi.
“Apasal yang kau sibuk sangat nak tahu ni?” Balas Chad geram sambil meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan. Serta merta kunyahan di mulut terhenti. Matanya sedikit merenung tajam ke arah Mie.
“Tu ha. Aku rasa tu kakak sedara kau lah.” Mie menunjuk ke arah meja depan. Serentak itu Chad berpaling. Matanya membulat kerana terkejut. Eh?
“Kakak sedara kau kan? Aku rasa aku still ingat lagi muka dia masa datang petang tadi.” Tutur Mie namun kata-kata dari Mie tu sudah tidak dihiraukannya lagi. Pandangannya bertaut lama dengan Syaf yang masih lagi memandangnya. Kenapa boleh terserempak pulak kat sini? Rasanya dia duduk jauh dari sini.
“Weyh Chad.” Tegur Mie sedikit kuat sambil menepuk lengannya.
“Kau ni buat terkejut aku je.” Rungut Chad namun pandangannya sudah dialihkan dari Syaf ke arah Mie yang sedang tersengih.
“Dah kau tu tengok kakak sedara kau macam nak tembus aje kenapa? Kalau nak pergi tegur, tegur aje lah.” Chad dah sedikit menggelabah. Lama sangat ke aku tengok si Syaf tu tadi?
“Eh biar aje lah. Petang tadi dah jumpa pun.” Balas Chad dengan riak cuba bersahaja. Air teh o ais disedut sedikit laju. Kenapa rasa macam tak selesa saja ni?
“Tu petang tadi. Malam ni lain pulak cerita.”
“Kau ni macam-macamlah. Mana pulak si Fiq ni? Lambat betul” Chad cuba mengalih topik.
“Kau jangan nak alih topik pulak Chad. Ha, petang tadi aku mintak nombor telefon kakak sedara kau tu tak nak bagi. Cakap dia tak suka lelakilah, apa lah. Apa kata kalau aku pergi mintak sendiri?”
Mie dah tersenyum mengenangkan rancangan yang baru saja difikirkan tu. Tapi macam nampak sangat si Chad ni seakan mengelak saja bila bercakap pasal kakak sedara dia. Agak-agak kenapa Chad bersikap macam tu?
“Ikut kau lah.” Balas Chad acuh tak acuh. Kalau aku layan si Mie ni macam-macam pulak dia akan tanya aku. Lagipun aku nak tengok berani ke tak dia pergi tegur Syaf tu. Biasanya Syaf jarang layan lelaki.
“Serius ni? Kau jangan marah aku pulak lepas ni.”
“Ye, serius.”
“Okey, aku pergi sekarang.” Balas Mie seraya berdiri. Manakala Chad sudah bulat mata.
“Weyh Mie.” Panggil Chad. Namun Mie sudah berjalan menghala ke meja yang diduduki oleh Syaf itu tanpa mempedulikan panggilan Chad itu.
p/s : plzz komen :D

No comments:

Post a Comment