Wednesday 12 June 2013

SSID bab 4


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 4

Bab 4
Usai makan di Restoran Taman Warisan, Syaf dan Fara terus saja balik rumah. Yelah, badan dah penat, mata pun dah mengantuk memang buat keputusan untuk balik terus adalah perkara terbaik tanpa singgah kat mana-mana Lagipun sejak jumpa Firash dengan Mie dekat restoran tadi, fikiran Syaf terasa tidak tenteram. Tambahan teringat akan renungan tajam dari Firash tu lagilah membuatkan dirinya tak senang duduk.
“Fara, aku masuk tidur dulu lah. Dah mengantuk ni” Syaf berjalan melintasi Fara yang masih lagi khusyuk menonton DVD Korea tu di ruang tamu.
“Ha, dah nak tidur ke? Baru pukul 11 kut?” Balas Fara sambil memandang Syafa sekilas. Namun tumpuannya tetap di skrin tv.
“Ye lah, rasa macam dah tak dapat bukak lagi mata ni” Syaf tahan menguap dengan tangan. Tengok Fara pun macam dah berbalam-balam. Memang mengantuk gila-gila lah ni.
“Awal lagi ni Syaf, jomlah teman aku tengok cerita Korea ni” Pujuk Fara.
“Aku memang dah mengantuk gila-gila ni. Kalau aku teman kang, ada aje yang tertidur di sini” Balas Syaf lagi.
“Ala Syaf, temanlah aku kejap. Tak kisahlah kau tidur pun kat sini. Nanti aku kejutlah masuk bilik, lagipun tak ada orang nak teman ni” Rengek Fara.
Syaf memandang Fara sambil mengenyeh-genyeh mata yang masih mengantuk tu. Aduhai Fara, kesian pulak bila aku dengar dia cakap macam tu.
“Yelah-yelah. Aku teman kau kejap” Syaf berjalan dan melabuhkan punggung di sisi Fara yang berada di sofa.
“Cerita apa ni?”
“Hmmm…High School Girl Get Married”
“Best ke?”
“Best jugaklah. Budak sekolah yang kena kahwin sebab dia tak nak mati sebelum cecah umur 16 tahun rasanya” Balas Fara.
Mata Syaf terkebil-kebil memandang skrin tv. Nampak macam best jugak filem ni tapi bila mata dah mengantuk, yang aku nampak bantal saja sekarang, desis hati kecil Syaf.
“Siapa pelakonnya? Nampak macam budak aje lagi”
“Eh aku lupa pulak nama pelakon dia. Try kau tengok kat cover dia tu” Syaf mencapai cover DVD. Disebabkan rasa mengantuk yang masih berbaki, tulisan di situ pun nampak kabur-kabur saja..
“Eh aku rasa macam telefon kau berbunyi je” Tegur Fara pada Syafa yang masih ralit membaca tulisan pada cover DVD tu.
Syafa berpaling memandang Fara sambil berkerut dahi. Telinganya cepat saja menangkap ringtone Bruno Mars yang tengah berlagu sayup-sayup dari bilik.
“Ha’ah lah”Cepat-cepat Syaf bingkas bangun dan sedikit berlari-lari anak menuju ke bilik. Siapa pulak yang telefon malam-malam buta ni?
***
Telefon bimbit jenama Nokia 5320 tu kelihatan bergetar di atas meja solek. Sebaik saja Syaf mengambilnya, telefon itu terus saja senyap dan di skrin terpamer perkataan missed call. Ala, tak sempatlah pulak nak angkat.
Selepas butang show ditekan, nama mama terpamer di skrin. Belum sempat lagi Syaf nak call balik, telefon bimbitnya bergegar lagi. Kenapa mama boleh telefon aku malam-malam macam ni? Ada hal penting ke?
“Hello, Assalamualaikum. Ada apa ma?” Soal Syaf dengan penuh sabar.
“Waalaikumussalam. Ha, kenapa tak angkat tadi?” Laju saja Puan Farizah bertanya.
“Tak sempatlah mama. Ada apa ni call Syaf malam-malam macam ni?” Syaf bertanya lagi.
“Oh lupa pulak. Syaf boleh balik rumah mama tak malam ni?”
“Kenapa ma?” Syaf dah terasa sedikit cemas. Ada apa-apa yang tak baik berlaku kat mama ke? Tapi kenapa suara mama macam okey saja tak dengar pulak tengah mengadu sakit ke apa.
“Firash. Dia accident tadi”
“Hah?”Syaf dah terkejut. Telefon itu dipandang berkali-kali sebelum melekapkan balik ke telinga. Terus saja hilang mengantuk bila dengar berita yang dibawa Puan Farizah tu.
“Ye, Firash accident. Syaf balik ye. Mama tunggu ni”
“Ha…Yelah-yelah Syaf balik”
Syaf terus saja bersetuju lalu mematikan talian telefon. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya Allah, selamatkan dia!
Syaf berjalan laju menuju ke ruang tamu. Fara masih lagi khusyuk melihat cerita Korea itu tanpa sedar Syaf dah berdiri di sebelahnya.
“Fara”
“Ha, kenapa ni?”
“Aku kena balik rumah mama kejap” Tutur Syaf laju.
“Nak balik malam-malam macam ni?” Soal Fara sambil memusingkan kepalanya dengan riak tak faham.
“Ye, aku kena balik. Baru kejap tadi mama call aku”
“Kenapa mama kau telefon?”
“Ha? Err…Ada hal keluarga. Urgent”
“Hurm…Yelah-yelah. Hati-hati nanti tu drive kereta” Pesan Fara. Dia bangun mengekor Syaf ke bilik.
“Nak kena tolong kemas apa-apa ke?”
“Tak payahlah. Lagipun aku dah ada baju kat sana”
“Okey”
Syaf menukar baju tidurnya ke baju yang sesuai. Nampaknya terpaksa lah dia ambil cuti kecemasan esok.
***
“Kau ni buat takutkan aku aje lah” Tutur Mie sambil merenung ke arah Chad yang tengah duduk di sofa panjang. Chad pula sedang menuam dahinya yang sedikit membenjol akibat terhantuk tadi di stereng kereta.
“Ha’ah lah. Macam nak tercabut aje jantung aku tadi. Ingatkan kita dah betul-betul accident” Sambung Fiqri lalu menghenyak punggung di sebelah Chad.
“Ala, sikit je ni” Gumam Chad. Dahinya yang masih terasa sengal-sengal itu dirasa dengan tangan. Kuat sangat ke aku terhantuk tadi sampai boleh pengsan?
“Sikit apanya tu? Dah bengkak gila tu. Aku ajak pergi klinik tadi tak nak” Rungut Fiqri.
“Tak cedera parah pun, buat apa nak pergi klinik” Chad memberi alasan. Padahal aku dengar perkataan klinik, hospital pun dah gerun. Ni kan nak pergi sana pulak. Mintak simpang jauh-jauh.
“Memanglah tak cedera parah tapi yang kau dah pitam tadi tak ke buat kita orang panik aje” Mie menambah. Dia pun dah tak tahu tadi nak buat apa bila Chad dah pengsan sebab terhantuk di stereng kereta, sementara Fiqri pulak masa tu dah senyap membisu kat belakang. Mungkin sebab terkejut kut.
“Ha’ah aku pun panik sama. Nasiblah aku teringat nak telefon mama kau tadi” Sampuk Fiqri lagi.
“Kau orang ni susah-susah aje lah. Aku tak ada apa-apa pun. Nasiblah mama aku tu tak ada penyakit lemah jantung” Rungut Chad.
“Aku dah janji dah dengan mama kau masa mula-mula kau masuk uni, apa-apa hal yang jadi mesti bagitahu dia” Sambung Mie.
“Ha, elok sangat lah tu. Tak boleh dibuat geng langsung”
Fiqri dan Mie masing-masing tergelak, sementara Chad dah mula menjegilkan mata. Apalah dia orang ni? Pengsan sikit pun dah kecoh nak bagitahu kat mama. Ni pun siap hantar balik rumah lagi. Sabar sajalah!
***
“Auntie, kami balik dulu lah ye” Tutur Fiqri sambil bersalam dengan Puan Farizah. Diikuti oleh Mie di sebelahnya.
“Yelah. Lagipun dah lewat dah ni” Sambung Puan Farizah sambil menjeling ke arah jam dinding. Dah nak masuk pukul 12 belas tengah malam pun.
“Chad, aku balik dulu lah ye” Tutur Mie dari muka pintu.
“Ha, yelah. Jalan baik-baik” Pesan Chad. Dia berjalan menuju ke pintu.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam” Chad dan Puan Farizah sama-sama menjawab salam sebelum menutup pintu rumah.
“Sakit lagi ke dahi tu?” Soal Puan Farizah sambil membelek dahi Firash yang dah membengkak tu.
“Sikit-sikit aje lah ma”Balas Chad lalu duduk di sofa. Remote Astro dicapai. Ada cerita best ke malam ni?
“Esok ambil MC lah nanti pihak uni cakap apa pulak” Pesan Puan Farizah lalu duduk di sofa.
“Emm, tengoklah dulu ma. Lagipun esok ada satu kelas aje” Balas Firash.
Apa Astro ni? Langsung tak ada cerita best. Dahlah tadi balik sini tak bawak balik laptop, kalau tak boleh jugak layan cerita kat Youtube. Konfem bosan gila aku nanti kat sini!
“Tadi ma dah call Syaf cakap Firash accident. Kejap lagi sampai lah kut” Beritahu Puan Farizah.
“Hah?”
Firash dah terkejut sampai tertekan butang off di remote Astro tu. Kenapa mama sibuk-sibuk call si Syaf pulak ni?
“Mama call Syaf tadi. Kejap lagi sampai lah tu”Ulang Puan Farizah lagi. Dia mencapai kembali remote Astro di tangan Firash. Sementara Firash pula dah mula terasa yang bengkak di dahinya itu kembali berdenyut-denyut.
***
Tepat 12.30 malam, Syaf membelok masuk kereta Myvinya menuju ke dalam pagar rumah banglo dua tingkat itu dengan perasaan berdebar-debar. Cahaya lampu dari dalam rumah masih lagi kelihatan dari halaman. Mungkin mama masih belum tidur agaknya, fikirnya lagi.
Setelah memarkirkan kereta di garaj, dia keluar dari perut kereta sambil membawa sebuah beg sandang dan sebuah bagpack yang berisi laptop. Beg sandang itu mengandungi beberapa helai baju serta toilettries. Dan laptop pula terpaksa dibawa balik untuk menyiapkan kerja-kerja di ofis yang masih belum diselesaikan petang tadi.
“Assalamualaikum” Salam diberi dengan nada sedikit kuat. Mungkin bimbang jika isi rumah tidak berapa mendengar salamnya. Namun buat beberapa saat, suasana masih lagi senyap. Mama dah tidur ke ni?
“Ass..” Belum sempat dia nak memberi salam yang kedua, pintu utama dikuak dari dalam.
“Waalaikumussalam. Ha, sampai pun” Serentak itu Puan Farizah menjegul kepalanya di muka pintu. Syaf meletak bagpackdi lantai sebelum tangan Puan Farizah dicapai dan dicium.
“Sorry ma, lambat sikit. Syaf singgah isi minyak kejap tadi” Balasnya lalu masuk ke dalam rumah. Matanya diliarkan ke arah ruang tamu yang tiada berpenghuni. Kelibat Firash tidak kelihatan di mana-mana.
“Firash ada dalam bilik” Beritahu Puan Farizah yang seakan mengerti saja dengan kelakuan Syaf yang seperti mencari sesuatu saja. Syaf mengangguk sambil mengukir senyum.
“Oh…Tak teruk kan ma?” Soal Syaf sedikit hairan. Tadi masa Puan Farizah, macam cemas saja gayanya.
“Tak teruk tapi dia pitam tadi”
Syaf mengangguk faham. Nasiblah tak teruk. Tapi kalau tak teruk kenapa boleh pitam pulak?
“Pitam?”
“Ha’ah. Dahi terhantuk kat stereng kereta” Sambung Puan Farizah lagi.
Syaf cuba mencerna apa yang dicakap oleh Puan Farizah. Jadi Firash pitam sebab terhantuklah? Mesti kuat jugak tu, fikirnya lagi.
“Takpelah ma, Syaf naik dulu” Syaf mengangkat kembali beg sandangnya di lantai dan disangkut ke bahu.
“Nanti jangan lupa jenguk Firash tu kat bilik” Pesan Puan Farizah sebelum menuju ke dapur.
“Ha, yelah”
Syaf melangkah menuju ke tangga dengan kepala ligat memikirkan sesuatu. Kena jenguk Firash jugak ke? Bolehke nak pergi jenguk dia nanti? Hari tu masa nak masuk bilik dia sebab Puan Farizah yang suruh pun awal-awal lagi dah kena warning. Tapi kalau tak jenguk kan, nanti mama cakap apa pulak. Aduhai, kusut-kusut kepala!
Telefon bimbitnya yang berada dipoket seluar tiba-tiba bergetar. Ada panggilan dari Fara kut sebab dia dah pesan suruh call lepas sampai tadi. Manakala Syaf pula dah pun lupa nak call lepas bersembang dengan Puan Farizah tadi.
Tengah kelam-kabut tangannya hendak mengambil telefon bimbit yang ada di poket seluar, dia tak perasan pulak akan anak tangga yang sedang didakinya sudah hampir tiba ke anak tangga teratas. Dan entah macam mana, kakinya boleh tak kena pulak dengan anak tangga yang dipijak tu. Serentak itu Syaf merasa tubuhnya seakan melayang. Habislah, konfem jatuh tangga kali ni!
Syaf memejamkan mata sebelum terasa ada tangan yang memeluk bahunya. Bila dia mencelikkan mata, wajah Firash terpapar beberapa inci dari wajahnya. Firash merenungnya dengan tajam manakala mata Syaf sempat menilik dahi Firash yang sedikit membengkak tu.
“Lainkali jalan tu guna mata. Kang tak pasal-pasal jatuh tangga” Sinis Firash.
Syaf mengerling saja tangan Firash yang masih kejap memegang bahunya. Kenapa lah boleh tak terperasan yang Firash ada kat sini tadi? Tapi nasib baik lah dia ada, kalau tak mesti dah tergolek jatuh tangga. Silap-silap orang lain pulak yang accident nanti!
“Err…”Syaf sudah kehilangan kata-kata apabila berdepan dengan situasi begini. Terasa jantungnya berdegup kencang dan rasa panas mula membahang di pipi.
“Aku nak pergi dapur ni” Tutur Firash lagi lalu melerai pegangan tangannya di bahu Syaf. Syaf pula cuba menstabilkan kembali kaki dan tubuhnya yang hampir jatuh tadi tu sebelum teringatkan sesuatu.
“Firash”Syaf cuba memanggil.
Namun Firash langsung tidak berpaling. Menjawab pun tidak dan hanya laju saja melangkah turun dari anak tangga tu.
“Thanks” Ucap Syaf perlahan namun kelibat Firash sudah tak kelihatan lagi.
~~~ bersambung ~~~
p/s : plzz komen :D




No comments:

Post a Comment